RESIPI BURGER MALAYSIA

Assalammualaikum, selamat petang semua. Hari ni untuk minum petang che mat bikin burger Malaysia, atau pun pau sambal. Nama lain ialah kueh batu belah. Takde bertangkup, kecuali kau tangkupkan dalam mulut ajer.Resipi burger Malaysia yang che mat ni agak mudah , yang pasti hasilnya in sha Allah lembut, gebu dan montok.Resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 10 biji burger Malaysia. Kalau buat kecik sikit mungkin boleh dalam 15 biji macam tu. Biasanya burger Malaysia selain diselet dengan sambal tumis, hirisan juga diselitkan dalam belahan sebagau ulam. Kalau suka boleh juga diselitkan daun salad dan Keju. Che mat sarankan, time2 gini, CInvid-19, bolehlah cuba buat. Sebelum che mat kongsikan resipi dia, nak kasi tau, adunan ini juga sesuai dibuat sebarang jenisroti atau bun yang berinti. Jommm try resip yang amat mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 camca besar penuh susu tepung
1/4 camca teh garam halus
1 1/2 camca besar gula halus
1 1/2 camca besar mentega (atau majerin)
100 ml air, mungkin habis atau tidak habis digunakan, bergantung pada keadaan

BAHAN-BAHAN DISATUKAN :-)
1 1/4 camca teh instant yeast
50 ml air suam
1/2 camca besar gula halus

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Sambal tumis secukupnya
Hirisan timun secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan semua bahan2 yang disatukan ke dalam mangkuk, kacau rata dan biarkan 10 minit hingga berbuih2. Sementara itu, dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, garam, gula, susu tepung dan mentega. Gaul hingga semua rata. Buat lubang ditengah2nya dan tuang bancuhan yis, gaul hingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil diadun hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk. 
  2. Buat2kan doh dan bahagikan kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 48 gram setiap satu). Bulat2kan setiap satu dan letak atas dulang yang telah ditabur tepung, tekan sedikit biar leper. Buat hingga siap, tutup dengan plastik cling dan perap sejam hingga naik sekali ganda.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam, pastikan api sederhana, goreng pau tadi hingga masak dan kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan minyaknya. Che mat buat 2 kali goreng, maksudnya sekali goreng 5 biji. Buat hingga siap dan biarkan sejuk
  4. Belah tapi tak putus setiap satu pau tadi dan sapu dengan sambal tumis secukupnya. Susun timun. Buat hingga selesai dan boleh hidangkan untuk sarapan pagi atau pun minum petang. Selamat mencuba!
RESIPI BURGER MALAYSIA RESIPI BURGER MALAYSIA Reviewed by Mat Gebu on 3/19/2020 03:30:00 PM Rating: 5

No comments:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.