RESIPI PACERI TERUNG

Assalammualaikum, salam semua. Selamat bertemu kembali di bulan November. Hari ni che mat masak paceri terung, ada yang panggil pajeri, tapi sebenarnya benda yang sama, kecuali resipi saja berbeza. Selain paceri terung, nanas, buah mangga muda, amra atau buah kedondong juga sesuai dibuat paceri. Ada yang lebih kreatif, mereka jadikan buah rambutan sebagai paceri. Seperti yang che mat sebut tadi, setiap orang mungkin ada resipi paceri mereka tersendiri. Pada che mat, masakan berama paceri atau pajeri ini mesti sedikit manis, pekat dan bukan berkuah meladung seperti masak kari. Rasa kesedapan bergantung pada bahan2 perencah yang kita guna. Che mat masukkan sedikit udang kering untuk menambah lagi keenakkan masakan paceri. Santam satu lagi bahan penting, tapi tak guna terlalu banyak, semuanya bergantung kepada banyak mana terung yang akan kita gunakan nanti. Contohnya, che mat gunakan 2 biji terung bersaiz besar. Tapikan terung saiz sederhana lagi comel, tak perlu dipotong lagi, kita belah 2 tapi tak putus dan masukkan sebiji2 macam tu, lagi paceri nampak menarik. Jomm tengok resipinya di bawah ini...jangan lupa mencuba nanti, ok..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung ungu saiz besar
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
1 camca besar cili kisar (optional)
1 camca teh pes asam jawa
2 camca besar gula atau secukup rasa
Garam secukup rasa
100 ml santan pekat (che mat guna santan kotak 'KARA')
1 camca besar kerisik
1 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Terung dikerat 3 setiap 1 dan belah 2 tapi tak putus setiap 1 keratan, rendam dalam air yang dimasukkan garam, tujuan untuk mengelakkan terung bertukar jadi lebam. Cili merah dan hijau dibelah 2 tapi tak putus setiap satu dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/3 cawan. Tumis bahan2 kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Tambah serbuk rempah kari dan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air, kacau dan masak hingga rempah wangi dan naik minyak.
  3. Masukkan santan, kerisik dan gula, kacau dan bila mendidih, masukkan terung (toskan dulu air rendamannya) dan cili merah/hijau, masak dengan api sederhana hingga pekat dan terung lembut. Perasan dengan garam secukup rasa, masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan paceri terung dengan nasi panas, ikan masin dan sambal belacan... Sedapp wakkk!

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.