RESIPI BISKUT NESTUM

Assalammualaikum salam semua. Hari ni che mat kongsikan resipi biskut nestum, biskut ni che mat dah buat 3 - 4 hari lepas dan kiranya biskut terakhir untuk 2019. Bila dah berusia ni, rasa malas sangat nak buat biskut yang fancy2, yang kena drizzle coklat lah, kena celup coklat sebelah lain dan sebelah lain. rasa macam leceh sangat. Lagi suka biskut yang simple tapi sedat. Resipi biskut nestum ni che mat ambik dari blog Kak Azlita, dan memang biskut ni sedap, rapuh dan yang penting cair di mulut. Manis dia pun pass, tak delah sampai tahap 'potong kaki'. Resipi yang che mat bikin ni akan menghasilkan kurang lebih 140+ keping biskut, tapi bergantung pada saiz acuan yang kita guna, kalau acuan besar, dapat kurang, kalau acuan kecil, dapat lebih. Bagi yang nak mencuba, masih sempat lagi nih, raya pun berbaki kurang lebih seminggu lagi....Jomm kita buat biskut sendiri, lebih jimat dan terjamin kebersihannya...

BAHAN - BAHANNYA :-)
250 gram mentega (golden churn, scs, anchor dll)
250 gram tepung gandum
130 gram tepung jagung
120 gram gula aising, diayak
60 gram serbuk badam
40 gram nestum, dikisar halus
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
1 kuning telur, dipukul sedikit, untuk disapu atas biksut
Nestum secukupnya, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, putar rata. Sementara itu, dalam satu mangkuk besar, satukan tepung gandum, tepung jagung, serbuk badan dan nestum kisar, gaul hingga rata. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan bahan2 yang disatukan tadi sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang boleh dicanai.
  2. Bulat2kan doh, dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan. Bahagikan doh kepada 4 bahagian, ambik satu bahagian, canai di antara 2 keping plastik bersih, setebal 1/2 cm. Terap dengan acuan kegemaran dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  3. Sapukan kuning telur atasnya dan tabur sedikit nestum sebagai hiasan. Bakar biskut dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit atau hingga biskut masak. Biarkan biskut dalam dulang pembakar sekejap, dan boleh alihkan atas jaringan, biar sejuk sepenuhnya. Simpan biskut dalam bekas kedap udara... Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.