RESIPI ACAR TELUR PUYUH

Assalammualaikum, salam semua. Hari dah masuk hari ke - 10 umat islam berpuasa. Dan ramai juga dah mula buat biskut raya. Che mat tak buat lagi ke? Sabar yea, tunggu ajer entri biskut raya dari blog che mat ok. Tapi hari ni kita on dulu dengan resipi berbuka dan bersahur untuk anda cuba. Suka makan telur burung puyuh? Kata orang, telur burung puyuh tinggi kandungan kolestrolnya, tapi pada che mat kalau makan sekali sekala apa salahnya, yea dak, lepas tu kita minum lah jus lemon. Semalam masa che mat belanja barang dapur, ternampak telur burung puyuh, terus tekak mengidan nak bikin acar. Harga boleh tahan juga, tak padan dengan kecik setoet, 30 biji = RM 4.70. Nak makan punya pasal, takpe lah beli ajer, apa ada hal. Jadi hari ni lepas che mat siap bikin biskut raya (oppsss, terpecah lobang pulak...erkk). Terus ajer on masak acar telur puyuh. Korek2 dalam peti sejuk, ada pulak timun sebiji dan lobak merah. Dari kecut, baik kita leburkan sekali, elakkan pembaziran. Sedap kalau makan dengan nasi putih atau pun nasi minyak. Resipi che mat tuliskan di bawah ni yea, jommm cuba!

BAHAN-BAHANNYA :-)
30 biji telur burung puyuh, rebus, kupas dan goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan
1 biji timun, kerat 4, buang empulurnya dan hiris seperti anak mancis, rendam
1 batang lobak merah saiz sederhana, kupas, kerat 3 dan hiris dan potong seperti anak mancis, rendam
1 biji cili merah, kerat 3, buang bahagian tengahnya dan hiris seperti anak mancis
1 biji cili hijau, kerat 3, buang bahagian tengahnya dan hiris serperti anak mancis
10 biji bawang merah kecil, kupas dan belah 2 setiap 1
5 ulas bawang putih, kupas dan belah 2 setiap 1
1 inci halia muda, dimayang halus
2 camca besar cili kisar
2 camca besar sos tomato
1 camca teh serbuk kunyit
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 camca teh biji sawi
4 camca besar cuka makan
3 camca besar gula perang atau secukup rasa
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 5 camca besar. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan halia, kayu manis, bunga lawang dan biji sawi. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing. Masukkan sos tomato, kacau dan masak hingga naik minyak.
  2. Masukkan gula perang, serbuk kunyit, garam (anggaran 1 camca teh) dan cuka makan. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan bawang merah dan bawang putih, gaul rata. Toskan lobak merah dan masukkan ke dalam kuali, kacau rata dan masak hingga lobak merah lembut.
  3. Boleh masukkan telur burung puyuh yang telah digoreng tadi. Gaul rata, masukkan timun (toskan air rendamannya dan perah sedikit timun tadi), cili merah dan cili hijau. Gaul dan masak hingga timun lembut, tapi masih rangup. Boleh matikan api dan hidangkan..

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.