RESIPI KERABU MANGGA IKAN BAWAL

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat nak kongsikan satu lagi resipi mudah dan sedap yea amat! Betul ni, tak tipu, kalau rasa ragu2, boleh cuba buat nanti yea. Sekarang beri ruang pakcik kau membebel dulu. Perasan tak sekarang ni tengah musim buah mangga. Kalau lalu kat mana2, pokok mangga kat tepi jalan lebat berbuah ada juga yang tengah berbunga. Macam2 jenis buah mangga ada, bulat lonjong, yang kaler pepel yang saiz besar sampai sekilo lebih sebijik pun ada.  Bila dah musim mangga, kita bikin lah kerabu mangga. Kerabu mangga salah satu hidangan pembuka selera yang begitu popular di negara kita dan juga negara2 jiran. Semalam, che mat ke pasar pagi di Benut, dan ternampak orang jual buah mangga muda. Jadi che mat beli lah 3 biji, tu pun dalam 1/2 kg juga, jenis mangga epal. Isi dia kekuningan tapi masih keras, rasa dia pulak lemak2 manis dan sedikit masam. Yang macam tu baru sedap dibuat kerabu, yea dak... 

Kebetulan dalam freezer ada pulak ikan bawal putih yang diberi oleh kenalan keluarga kami. Jadi che mat pun mula lah berfantasi liar, apa kata ikan bawal ni aku goreng garing, lepas tu taruk kerabu mangga atas dia, mesti sedap yea dak. Alhamdulillah, maka terhasillah seperti dalam gambar tu. Kalau tak makan ikan bawal putih, boleh gantikan dengan ikan bawal hitam, ikan siakap atau ikan kerapu. Che mat masukkan daun pudina dan daun ketumbar, sebagai penambah aroma, yang tu pun ikut kesukaan masing2 lah yea, bagi yang tak suka daun pudina, takut rasa kerabu macam ubat gigi, tak perlu lah taruk, macam tu juga dengan daun ketumbar. Tapi daun ketumbar tu kalau tak taruk, memang kurang sedap...cakap awal2 ni, jangan kendian kata che mat tak kasi tau pulak...

Untuk penyediaan ikan bawal pulak, selepas disiang dan dibersihkan, che mat kelar macam dalam gambar atas, bentuk macam potongan wajik atau diamond cut. Nak kelar2 biasa pun ok, tapi kalau kelar macam dalam gambar, lagi mudah nak cedok isi dia dengan kerabu mangga masa makan nanti. Kalau untuk bulan puasa, che mat syorkan ikan bawal tu kita siang siap2 dan simpan dalam peti sejuk, Macam tu juga dengan kerabu mangga, boleh siapkan sosnya awal2 dan simpan dalam peti sejuk. Nanti masa nak makan. sementara goreng ikan bawal, kita gaul kerabu mangga dan bila ikan dah masak, tinggal lambakkan ajer kerabu mangga atas dia. Dahh boleh makan, ratah macam tu saja pun sedap wakkk! Kalau ada yang nak mencuba, boleh tengok resipi kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan bawal putih atau hitam saiz besar
1 camca besar tepung jagung atau tepung beras
1 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh garam
3 biji mangga epal yang mengkal, kupas kulitnya dan rendam sekejap
1 biji bawang besar, mayang halus
1 kuntum bunga kantan, mayang halus
1 batang serai, ambik bahagian putihnya dan hiris halus
1 pokok daun ketumbar, hiris
1 genggam daun pudian, hiris
1 genggam kacang tanah yang digoreng tanpa minyak, ditumbuk hancur
1 biji limau nipis, perah jusnya
2 camca besar sos ikan

BAHAN-BAHAN SOS :-)
1 inci belacan, dibakar
2 camca besar gula melaka
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi, boleh kurang atau lebihkan
1 camca teh gula

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK SOSNYA :- Tumbuk bawang putih, gula melaka, belacan bakar, cili padi dan gula hingga lumat. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis, Kacau rata dan rasa, jika suka lebih manis, boleh tambah sedikit lagi gula. Ketepikan.
  2. UNTUK KERABU MANGGA :- Toskan mangga, lap kering dengan tissue dapur, takik2 mangga tadi dengan pisau, kemudian hiris atau boleh gunakan sagat untuk menghasilkan jaluran mangga. Masukkan ke dalam mangkuk bersama bunga kantan, hirisan bawang besar, serai, daun pudina dan daun ketumbar. Tuang sosnya dan gaul rata. Sesuaikan rasa dan ketepikan, atau boleh simpan dalam peti sejuk sementara ikan bawal siap digoreng.
  3. UNTUK KERABU MANGGA IKAN BAWAL :- Ikan bawal disiang, cuci bersih dan kelar seperti dalam gambar di atas. Lumurkan dengan garam, serbuk lada sulah dan tepung jagung atau tepung beras hingga rata. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan dan garing  pada ke dua2 bahagian. Angkat, toskan minyaknya dan taruk dalam pinggan sesuai. Biarkan sekejap hingga suam.
  4. Sudukan kerabu mangga secukupnya atas ikan bawal tadi, ratakan dan tabur kacang tanah tumbuk. Hias dengan daun pudina dan hirisan cili padi, jika suka. Hidangkan segera bersama nasi panas dan lauk2 lain....Selamat mencuba!

Post a Comment

4 Comments

  1. Sedap dan menarik resepinya....makan nasi panas2.. memang sedap tak terhingga lah

    ReplyDelete
  2. sedapnya!! dari dulu lagi saya suka ambil resepi kt tiffinbiru ni. almond london chef wan saya ambil resepi buat jual. terima kasih. semoga murah rezeki ya mat gebu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
    Jom follow blog and Visit https://www.iyaseo.id/
    . Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    . Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    . Komen yang baik2 sahaja ye..
    . Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
    Terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.