BEN ASHAARI 42 HARI INI, SELAMAT HARI LAHIR

Salam semua buat pembaca blog tiffinbiru. Seperti biasa bila masuk 30hb November. maka bertambahlah usia jiran pakcik, Ben Ashaari. Tahun ni masuk 42 usia dia, alhamdulillah....Hurmm, sebenarnyakan tak tau lah apa nak tulis, sebab benda yang sama kan, takkan nak ucapkan selamat pengantin baru pulak, ada kang Ben tersangkut kat tempat sidai baju, orang rumah dia campak....hahaha. Maka marilah pakcik kau bercerita serba sedikit pasal Ben Ashaari yang pakcik kenal selama 10+ tahun ni...

Siapa Ben Ashaari ni? Kurang lebih 10 tahun dulu, memang pakcik tak kenal dia, tapi isteri Ben, Zila selalu skodeng resipi kat blog pakcik (terima kasih Zila). Masa pertama kali pakcik singgah blog Ben, dan baca cerita2 dia tulis, ibarat kita baca cerpen, panjang weyyy!! Tapi dia ni pandai menulis, dan banyak idea. Hakikat sebenar orangnya tak banyak bicara, 'bisu', dah lah bisu, kurang perbendaharaan kata pulak tu. haishh, dah tebiat dia macam tu kan, tak boleh nak oberhal lagi. Dan dipendekkan cerita, kita orang pun kenal. Pertama kalinya mereka suami isteri datang ke pondok pakcik di Sedenak, tu jam Qhaliff, Zahra dan Aarizz masih kat planet lain lagi, belum sampai bumi. 

Alhamdulillah sampai ke sekarang ni pakcik dan Ben Ashaari masih bersahabat, walaupun masing2 dah sibuk. Satu lagi, sapa kata kalau kita tak sekepala, tak boleh jadi kawan? Silap tu, contohnya pakcik dengan ben, kita orang ada masa tak sama pendapat, dan sapa kata pakcik dengan ben tak pernah bertekak, pernah lahh wakkk, jangan tak tau. Tapi kami masih ok, masih boleh move on....Yang penting kita kena ingat, apa tujuan kita bersahabat dan satu lagi kena terima seadanya kelebihan dan kekurangan sahabat kita tu, jangan simpan hasat dengki, tu paling penting....Gitulah serba ringkasnya, kang kalau nak cerita lagi sampai 2019 tak habis...

Akhir kalam, pakcik doakan Ben Ashaari dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan kehidupan seharian dan dirahmati Allah swt sentiasa. Terima kasih ben atas segala2nya, in sha Allah kita akan bersahabat selagi hayat dikandung badan. Selamat hari lahir Salbani Bin Ashaari....

Post a Comment

7 Comments

  1. Aaamin.. Terima kasih Mat. Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke anak cucu.. Eh.. Heeee..

    ReplyDelete
  2. Aaamin.. Terima kasih Mat. Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke anak cucu.. Eh.. Heeee..

    ReplyDelete
  3. Aamiinn..

    Selamat Hari Tua buat Abang Ben Ashaari ..
    Semoga panjang umur di murahkan rezekinya..

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Lahir Abg Ben...

    LeYa first jumpa abg ben masa event di Klang sempena buka puasa anak2 yatim di masjid ape ntah...lupa lak nama..hehe...

    Tapi Abam Tiffin Biru ni, LeYa tak jumpa lagi...

    ReplyDelete
  5. Hahaha..kurang perbendaharaan kata 😂

    Pibeday PCB!

    ReplyDelete
  6. Happy Birthday Ben!
    Sahabat selamanya Cik Mat dengan Ben!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.