RESIPI KEK SARANG SEMUT

rsz_ksl
Assalammualaikum, salam semua. Kali ni che mat nak kongsikan resipi kek sarang semut.Yea, memang dah biasa orang buat tapi tidak pada che mat, sebabnya puas dah buat sampai muak nak makan. Hasilnya tak seperti yang diharapkan, dah ikut semua petua, suruh perap adunan tu 3 jam, ehh, bila bakar tetap dia tak jadi lubang2 macam sarang semut, kalau jadi pun alah hai, macam lubang 'kesian' ajer, halus. Tu yang malas nak buat dah, sampai ada akak2 siap kasi petua, dia orang kata, che mat kena kawin dulu, baru menjadi lubang pada kek sarang semut tu, hahaha, nakalnya dia orang tu, nak kena cubit agaknya....persoalannya, apa kena mengena lubang pada kek dan kawin?...errrk, no komen lah kan, sendiri pikir....

rsz_1ksl1
Tadi sambil2 masak tengah hari, che mat cuba bikin kek sarang semut, kali ni resipi ambik kat youtube, resipi dari orang Indonesia, buat dia senang, tak payah nak perap2 bagai, lepas kita adun, tuang dalam bekas, terus bakar. Mula2 tu macam tak yakin juga, tapi yang bagi resipi tu siap tulis - 'anti gagal', maksudnya mesti jadi...tapi tu semua kehendak Allah swt juga, yea dak. Kita berdoa dan tawakal ajerlah. Maka selepas sejam lebih che mat bakar, dan dikeluarkan dari tin, tak sempat nak tunggu sejuk dah, aku potong terus....dan hasilnya...Wowww!, bersarang, lubang2 dan cantik. Tu teru bakar takde perap2 bagai, kalau perap entah2 lagi cantik agaknya. Tapi tak perap pun dah lawa, buat apa nak leceh2 yea dak, dah lah kita ni mengejar masa. Jadi kalau nak mencuba, che mat kongsikan resipi kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram gula pasir
300 ml air panas
100 gram tepung gandum
100 gram tepung sagu ubi
70 gram mentega atau majerin, dicairkan dan sejukkan
80 gram susu pekat manis
4 biji telur gred A, pastikan telur segar
3/4 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan gula pasir ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga gula cair dan bertukar menjadi gula hangus atau karamel bewarna keperangan. Berhati2 tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata dan biarkan mendidih sekejap. Matikan api dan sejukkan gula hangus tadi.
  2. Panaskan oven pada suhu 190C, gunakan 'API BAWAH' sahaja. Lenser tin berukuran 8 inci x 5 inci x 3 inci dengan mentega dan tabur tepung pada seluruh bahagian yang disapu mentega tadi. Ketuk keluar lebihan tepung dan ketepikan.
  3. Masukkan air gula hangus ke dalam mangkuk pengadun, masukkan susu pekat manis dan telur satu persatu sambil dipukul dengan whisk hingga sebati, Tambah tepung gandum dan tepung sagu ubi, kacau rata hingga sebati dan tidak berbintil2. Masukkan soda bicarbonate dan baking powder, kacau rata. Tambah mentega/majerin cair dan esen vanilla, kacau hingga semua bersatu dan rata.
  4. Tapiskan bancuhan tadi dan tuang ke dalam tin yang telah disediakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan (panaskan 15 minit awal) dan bakar selama 1 jam 10 minit atau hingga masak. Nak tau masak, uji dengan mencucuk lidi sate bersih atau cake tester dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek dah masak. Keluarkan dari oven dan terus keluarkan dari tin. Biarkan sejuk dan boleh dipotong....Selamat mencuba!

Post a Comment

8 Comments

  1. Geram aku tengok sarang tu haaaa..
    Nak buat tak berani, takut tak menjadi hahahaha

    ReplyDelete
  2. sedapnya kalau dapat makan petang petang hehehe

    ReplyDelete
  3. Che mat..tepung sagu ubi sama tak dengan tepung ubi yg biasa tu.
    Tq 😊

    ReplyDelete
  4. feveret sangat ni. tapi tak suka yg manis. hihi

    ReplyDelete
  5. abg mat gebu memang masak hari2 ke resepi ni? rajinnyaa..

    ReplyDelete
  6. Camca bermakna teaspoon ataupun tablespoon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. camca = sudu

      camca teh = sudu teh = teaspoon
      camca besar = sudu besar = tablespoon

      Delete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.