RESIPI AYAM MASAK PAT PET

rsz_ampps
Assalammualaikum, salam semua. Hari ini 1 Ramadan dan kita mula berpuasa. Biasanya bila berbuka che mat lebih suka menu ringkas dan tak berat sangat. Satu lagi kalau dapat tak perlu nak simpan baki2 makanan sampai 2 - 3 hari, penuh peti sejuk, yea dak. Hari ni plan asal nak bikin kerabu mangga dan daging merah Thai, tapi atas permintaan che mat terpaksa ubah menu. Dan untuk diri sendiri kita cuba satu resipi yang che mat dapat di FB. Katanya ini masakan Thai, dan buatnya pun tak susah. Kalau resipi asal guna seekor ayam, che mat ada 2 keping dada ayam, jadi kita guna apa yang ada. Sedikit penambahan bahan2 dari resipi asal, sebabnya che mat baca komen2 dari mereka yang biasa masak atau makan, ayam pat pet seharusnya dimasukkan sedikit belacan dan lada hitam. Tapi itu semua terpulang pada selera masing2. Terima kasih pada mereka yang sudi berkongsi resipi ini di FB, dan che mat kongsikan pula di blog...pssstt, aroma masakan ayam pat pet ni kan saling tak tumpah macam ayam masak cencalok orang Baba Nyonya...

BAHAN - BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam, dipotong kiub, cuci bersih dan toskan
5 tangkai kacang panjang, kerat pendek, cuci dan toskan
3 helai daun limau purut
1 biji limau nipis, perah jusnya
1 camca besar sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan cili padi merah, untuk hiasan

BAHAN - BAHAN KISAR HANCUR :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
20 biji cili padi hijau
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, dihiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/4 cawan. Tumis bahan2 kisar hancur hingga harum dan naik minyak, tambah sedikit lagi minyak jika tak cukup, gunakan api sederhana dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan isi ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut (kalau guna ayam bertulang, sila masukkan sedikit air dalam 1 cawan macam tu). Masukkan sos ikan, gula dan garam secukup rasa (sebabkan puasa, che mat masukkan dalam 1 camca teh garam dann 1/2 camca besar gula). Kacau rata.
  3. Tambah kacang panjang dan daun limau purut, kacau dan masak hingga kacang lembut. Akhir sekali masukkan jus limau nipis, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan ke dalam bekas sesuai dan hias dengan hirisan cili padi merah. Boleh hidangkan sewaktu berbuka puasa atau bersahur....Selamat mencuba!

Post a Comment

4 Comments

  1. UNiknya namanya Mat..
    Selera plak aku nengok..nanti nak cuba gak laaaa

    ReplyDelete
  2. semalam masak udang sambal dengan kuetiaw goreng...alhamdulillah...hari ni tak tahu lagi nak masak ape..ayam pat pet pun ok jugak kan?

    ReplyDelete
  3. gigih mencari menu untuk berbuka nanti. tak pernah lagi try ayam pat pet ni. mesti try. Thank you cik Mat

    ReplyDelete
  4. Dah try dah..perghh mmg sedap tambah pedas2..tq cik mat bg resepi ni.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.