Assalammualaikum, salam
semua. Hari ni dah masuk 13 Ramadan , kurang lebih 2 minggu lagi kita hendak
menyambut bulan Syawal. Bagaimana dengan persiapan, mesti ada yang dah beres semuanya dan ada juga yang suka buat persiapan di
akhir-akhir waktu, sebab nak merasai kemeriahan Hari Raya. Di sebabkan puasa
sudah hampir ke penghujung minggu ke-2, mood memasak pun dah mula berubah,
kalau dapat nak masak yang ringkas dan cepat. Che Mat pun macam tu juga. Antara
hidangan yang senang dimasak ialah nasi lemak. Mereka yang sibuk bekerja, Che
Mat cadangkan sambal tumis ikan bilis Yeo’s digandingkan dengan nasi lemak bagi
meringkaskan masa anda. Percaya tak
pertama kali Che Mat cuba makan sambal tumis ikan bilis Yeo’s dengan nasi
lemak, macam tak sangka ia begitu sedap dan rasa ngam sangat…berbunga-bunga
hati sebab tak payah nak bersusah-susah menumis sambal…senang kerja pakcik...
Ada dua pilihan sambal
tumis Yeo’s, sambal tumis ikan bilis dan sambal tumis udang. Kedua-duanya
sesuai digandingkan dengan nasi lemak, malah dengan apa saja pun boleh, nak
dijadikan perencah nasi atau mi goreng, nak makan dengan ketupat pun boleh.
Halal ke? Toksah khuatir, semua produk Yeo’s dijamin Halal. Bagi yang tak
pandai atau tak biasa dengan sukatan santan dan beras, Che Mat syorkan guna
beras Basmathi, insha Allah nasi lemak pasti menjadi dengan lembut dan sedap.
Sukatan beras Basmathi biasanya 1 beras : 1 ½ cecair, contohnya jika kita masak
1 cawan beras Basmathi, santannya ialah 1 ½ cawan. Kalau masak 2 atau 3 cawan,
gandakan saja penggunaan santan tu, tak payah nak pening kepala takut nasi
lemak jadi keras atau lembik. Toksah malu-malu mencuba, hidangkan dengan sambal
tumis ikan bilis atau udang Yeo’s, dijamin licin seperiuk nasi lemak tu!..
Bulan Ramadan begitu
dimuliakan, dan dibulan ini jika kita bersedekah atau menyediakan hidangan
untuk mereka yang berpuasa, pahalanya berlipat kali ganda. Atas kesedaran ini
Yeo’s telah mengambil inisiatif sempena bulan Ramadan dengan menggalakkan kita
berkongsi rezeki dengan teman-teman dan orang-orang disekeliling kita. Dengan
tema ‘Berkat Dirasa Bersama’ diharapkan kemuliaan Ramadan ini dapat dirasai
oleh semua, tak kira bangsa dan agama, dengan berkongsi prouduk-produk Yeo’s.
Dan tak salah jika resipi-resipi yang telah dicuba, kita berkongsi dengan jiran
tetangga, seperti amalam di kampung, yang sering bertukar-tukar juadah berbuka
ketika Ramadan…Baru terasa kemeriahannya...Untuk berbuka hari ini, apa kata
cuba masak Nasi Lemak Halba & Sambal Tumis Yeo’s…Resipi seperti berikut…
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan beras basmathi
4 ½ cawan santan segar
1 biji bawang besar,
dibelah 4
3 ulas bawang putih,
diketuk
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan,
disimpul
20 biji halba
1 camca teh garam (atau
secukup rasa)
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
2 tin sambal tumis ikan
bilis Yeo’s
Hirisan timun
secukupnya
Kacang tanah goreng
secukupnya
Ikan bilis goreng
secukupnya
Telur rebus secukupnya
Ulam petai (jika suka)
Ayam goreng rempah (jika
suka)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Beras basmathi dicuci, kemudian rendam 20 minit dan toskan. Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker), tuang santan, masukkan serai, daun pandan, bawang besar, bawang putih, halba dan garam. Kacau rata dan tekan ‘on’. Biar hingga nasi masak dan suis rice cooker bertukar kepada ‘warm’.
- Dengan menggunakan chop stick, gemburkan nasi lemak, tapi jangan kacau banyak kali nanti nasi akan patah-patah. Cukup 3 – 4 kali. Padamkan suis periuk nasi, ini mengelakkan nasi lemak berkerak.
- Tutup kembali tudung periuk dan biarkan 15 minit. Boleh sendukkan nasi lemak halba ke dalam pinggan sesuai, nak lebih authentic, alas pinggan dengan daun pisang. Hidangkan dengan sambal tumis ikan bilis Yeo’s dan bahan-bahan sampingan yang lain. Nikmati ketika berbuka puasa….Selamat mencuba!
1 Comments
lovely www.babaadd.com/home/ invite to post your artical .
ReplyDelete