Assalammualaikum, cakkk!!...haha, macam salah makan ubatkan si mat tu...Semua dah makan?...Hari ni che mat masak satu menu yang menjadi idaman mak che mat sejak beberapa bulan lepas. Rezeki agaknya, semalam kami ke pasar Endau di Mersing, tak semena2 ada orang jual udang galah. Dan si sepit biru itu betul2 tinggal 4 ekor. Bila timbang kurang lebih dalam 600 gram. Ok, che mat ambik semua dan hari ini mulalah operasi memasak udang galah masak lemak sama nanas. Mula2 plan nak taruk timun tua, tapi tu hari dah pernah masak lagi pun stok timun takde. Jadinya kita masukkan nanas saja, yang tu pun pemberian kenalan mak che mat. Alhamdulillah, semuanya rezeki dari Allah swt..
Bila masak menu macam ni, perasaan pertama yang datang, arwah 'bak'....Bagi yang ikut blog che mat sejak dulu lagi, pasti anda ada terperasan beberapa tahun dulu, kerap che mat kongsikan resipi dan menu udang galah. Ini kerana arwah bak seorang 'kaki pancing' dan boleh dikatakan, hampir setiap minggu dia akan memancing udang. Semuanya tinggal kenangan, al-fatihah bak. Yang lepas biarlah berlalu, kita teruskan dengan kehidupan yang bersisa ini. Bagi yang nak mencuba tapi takde udang galah. Boleh saja guna udang biasa atau gantikan dengan ketam. Nak guna ikan pun tak salah, kena cari ikan yang banyak isi macam ikan tenggiri, merah dan sebagainya. Tapi rasanya sudah pasti berbeza...Resipi seperti berikut...
BAHAN - BAHANNYA :-)
4 - 5 ekor udang galah saiz besar
1 biji saiz sederhana nanas madu (atas sebarang nanas)
3 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
15 biji cili padi kampung warna hijau
1 1/2 inci kunyit hidup
3 keping hirisan nanas (gunakan nanas yang dalam resipi)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Udang dibersihkab, buang kaki2 kecilnya. Gunting bahagian tajam di kepala udang, buang kotorannya, cuci dan bersihkan. Buat hingga siap dan ketepikan. Nanas dikupas, kemudian hiris sederhana tebal dan ketepikan.
- Masukkan udang ke dalam periuk bersama serai dan bahan2 kisar halus. Kacau dan masak hingga mendidih dan udang berubah warna. Tuang santan cair, masukkan asam gelugor dan biar masak hingga menggelegak, kecilkan api.
- Tambah nanas dan masak sekejap. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau sentiasa dan biar mendidih. Masak dengan api kecil hingga nanas lembut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulan2man....Selamat mencuba!
9 Comments
lama tak makan udang galah.. leh cuba nanti..
ReplyDelete- Mia Liana
terus terliur tengok ni...semalam buat masak lemak cili api udang biasa je...nyumm..nyum
ReplyDeletewow.. besar penumbuk cik mat udang galah tu
ReplyDeleteseksi dan tegak berdiri jer udang lam mangkuk tu kannnnnnnnnnnnnnnn :p
ReplyDeleteHai! masak udang lemak udang dengan nenas hari ni cik mat... hmmm udang mmglah sedap! org kata mak mentua lalu belakang pun tak sedar...
ReplyDeleteSedapnya udang galah...
ReplyDeletenyum.sedapnya makan udang galah (^_^)
ReplyDeleteassalamualaikum cik mat...pehhh sedapnya...:)
ReplyDelete** Mama Maszull
assalamualaikum cik mat...betul2 menggoda ni...:)
ReplyDelete** Mama Maszull