Assalammualaikum, selamat tahun baru 2017, rasanya masih belum terlewat che mat nak ucapkan selamat tahun baru. Atas sebab2 tertentu yang tak boleh nak dielakkan che mat terpaksa cuti bersiaran untuk beberapa hari. Dan alhamdulillah dengan izin Allah swt, sehari sebelum tarikh hari lahir, che mat dapat bersiaran kembali. Kira ini entri pertama untuk tahun 2017.
Seperti setiap tahun, bila tiba 8 Januari berlakulah pertambahan usia ( 21+ 20 ), beranjak ke usia yang lebih matang dan jangka hayat pula semakin singkat (minta2 Allah panjangkan usia che mat). Alhamdulillah, diberi pinjam usia setahun lagi sebagai ganjaran dan peluang untuk menjadi insan yang lebih baik. Moga Allah kurniakan kesihatan pada diri ini agar dapat menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan hambanya. Terima kasih bonda che mat yang menjadi sumber kekuatan dan terima kasih buat arwah Bak atas doa2 keramat sepanjang Bak masih bernafas dulu, al-fatihah Bak..
Tak lupa buat 'musuh no 1' Ben Ashaari (awal2 semalam dia dah kenakan che mat kat wassap, pakkal ajer kan kawan lama, kalau tak siap lahh!). Pada sahabat handai (Ayu, Azila, Najeeb, terima kasih sudi wassap), teman2 blogger, FB dan IG, terima kasih atas ucapan dan doa. Di sebabkan anda semua lah che mat masih boleh bertahan di sini. Oh yea, pada blogger Yana, selamat hari lahir juga, kami ni lahir pada tarikh yang sama tapi tahun lain2, cuma che mat 'muda' sikit lah dari dia...haha.. Sekali lagi, terima kasih semua dan selamat hari lahir mat gebu (sila lah sedar diri yea, awak tu dah tua - 'tua sikit' )...In sha Allah blog akan bersiaran seperti biasa... 😎
11 Comments
Selamat hari ulangtahun kelahiran Che Mat :)
ReplyDeleteAamiinn..
ReplyDeleteSelamat hari lahir Mat Gebu,
Cepat betul kan dah 41, aku kenal ko masatu umur 30 lagi hahahahaha
Nak cempedakk !!!!
Selamat ulangtahun kelahiran Che Mat..syukur..syukur..syukur atas setiap nikmat..moga terus success..amin..
ReplyDeleteSalam ukhuwah dari PC..
Selamat Hari Lahir Che Mat.
ReplyDeleteSelamat hari lahir che mat,saya peminat blog anda
ReplyDeleteapa agaknya hadiah istimewa di hari jadi ni Che Mat?
ReplyDeleteSelamat ulang tahun Cik Mat, semoga panjang umur di murahkan rezeki selalu, hidup dalam penuh keberkatan dan yang penting senantiasa menceriakan dunia masakkan dengan resepi yang tak lapuk dek zaman.
ReplyDeleteSalam kasih sayang dari kak ita ^_^
selamat hari ulang tahun kelahiran Mat Gebu. Semoga dilimpahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan. Aaminnn
ReplyDeleteBetter late than never kan? So, Happy belated birthday, Ben. :) Have a good year and May God bless you.
ReplyDeleteassalamualaikum Che Mat...selamat hari lahir Che Mat...alhamdullilah semoga diberikan usia,kesihatan yg baik,sentiasa ceria dan sentiasa dirahmati Allah selalu aamiin...:)
ReplyDeleteSALAM CHE MAT..KAK ZAH NAK UCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR SEMUGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI DIMURAHKAN KESIHATAN YANG SIHAT BERPANJANGAN...AAMINN
ReplyDelete