Assalammualaikum, salam Jumaat semua. Apa menu makan tengah hari anda hari ni? Che mat masak asam pedas kesom ikan sembilang. Sebenarnya ini asam pedas kegemaran Bak, dan yang che mat masak ni pun memang untuk Bak. Kata orang, jika nak asam pedas ikan sembilang yang sedap, dapatkan ikan sembilang segar, lagi bagus kalau yang masih hidup. Jika di tempat che mat, kami lebih gemar ikan sembilang tempatan walaupun harga mahal berbanding ikan sembilang dari Indonesia. Perkara yang harus dititik beratkan ketika menyiang ikan sembilang, ialah di bahagian dalam perutnya, memang perlu dibersihkan dari segala kekotoran dan darah2 beku yang melekat dibahagian perut dan tulangnya hingga betul2 bersih, kemudian diperap dengan jus limau nipis atau limau kasturi. Daun kesom dan bunga kantan menjadi identiti masakan asam pedas ikan sembilang. Ada juga yang masukkan sedikit halba. Che mat lebih suka masukkan sedikit lada hitam agar asam pedas berbau wangi dan hangat...Resipi seperti di bawah.
BAHAN - BAHANNYA :-)
1 ekor ikan sembilang saiz besar
2 biji terung ungu
1/3 cawan jus asam jawa
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN - BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan sembilang dibuang isi perut dan insangnya, kerat kepada beberapa bahagian, cuci bersih segala kotoran. Kemudian perap dengan jus limau kasturi selama 15 minit. Cuci bersih dan toskan. Terung dikerat 2 setiap 1, kemudian belah 2 tapi tak putus setiap 1 keratan, rendam. Ketepikan
- Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 - 5 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum. Masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
- Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau dan biarkan mendidih. Masukkan ikan, terung (toskan airnya), bunga kantan, lada hitam tumbuk dan jus asam jawa. Kacau perlahan dan biarkan mendidih. Masukkan daun kesom, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga terung lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan telur dadar.
5 Comments
lama tak masak asam pedas
ReplyDeletenampak mcm sedap...
ReplyDeletesedapnyaa..ikan sembilang ni x sama ke dengan ikan keli cik mat?
ReplyDeletesusah la nak cari ikan sembilang ni.. kena g pasar pagi baru nak jumpa
ReplyDeleteAsam pedas ada lada hitam.. mmg marbelessssssss!!!
ReplyDelete