LEMAK TEMPOYAK IKAN KELI SALAI

rsz_lemak_tempoyak_keli_salai
Assalammualaikum, hari ni nak kongsi satu lagi resipi warisan yang sering menjadi hidangan orang2 melayu kita. Walaupun terkenal di Negeri tanah adat, Negeri Sembilan, tapi menu ini juga menjadi hidangan di setiap negeri dan bahan2 mungkin tidak sama dengan antara satu sama lain. Kalau di Negeri Sembilan, menu begini tidak menggunakan bawang, dan serai dilebihkan untuk mendapat rasa yang lebih sedap. Resipi lemak tempoyak ikan keli salai yang che mat kongsikan ini bukan 'asli' dari negeri tanah adat. Tapi ia hanya masak lemak tempoyak yang 'biasa2' saja. Menggunakan seekor ikan keli liar bersaiz agak besar yang telah di salai atau dipanggang. Yang ni terpulang pada anda, nak sedap boleh panggang atas api bara. Kalau nak mudah, panggang dalam kuali pun ok, macam che mat. Cuma tiada aroma 'asap' kalau kita panggang dalam kuali. Resipi agak mudah disediakan dan petai tu optional saja, tapi bagi yang makan, che mat sarankan anda taruk, untuk dapar rasa kuah yang lagi sedap.....Berani mencuba?.....Resipi seperti berikut...

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 ekor ikan keli saiz besar
1 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam*
3 papan petai, ambil isi nya
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, hiris
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 camca besar tempoyak
30 biji cili padi kampung, warna merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan keli disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian (che mat kerat 6). Cuci, toskan dan gaul dengan 1 camca besar tepung gandum, perap 5 minit dan cuci bersih. Kemudian perap lagi dengan jus limau nipis selama 15 minit, cuci bersih, toskan. Gaul ikan tadi dengan bahan2 bertanda (*), kemudian salai atas bara api hingga ikan masak (che mat guna kuali ajaib dan panggang/salai 6 - 7 minit untuk setiap bahagian ikan, guna api kecil). Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan2 kisar halus, serai titik, asam gelugor dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan isi petai, kacau perlahan dan tambah ikan keli salai tadi. Masak dengan api kecil hingga petai lembut.
  3. Tuang santan pekat, kacau dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam - ulaman.....Selamat mencuba!!

Post a Comment

15 Comments

  1. wuhuu..ikan keliiii salai.. ya Allah..kecuq air lioqqq

    ReplyDelete
  2. sedapnya cikmat..kalau kami tak sempat salai dah jadi lauk lain..hehehe..

    ReplyDelete
  3. sedap tue . http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. cikmat. bekas tu nama apa. lawa aih..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya fav sy ni...tq cik mat share resepi.


    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
  6. aiyoooo..terliurnyaaaa..hunting this food!!

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaaa..terliur tengok..huhuhu hunting this food!!

    ReplyDelete
  8. sy dh try mmg sedap.. tp tang salai tu sama la.. guna kuali ajaib tp xberapa nk menjadi.. kulit dia jd cm goreng garing.. maybe sbb lama sgt kot.. mula2 nk alih melekat then biaq lama sikit.. tp xpe.. akan cuba lg hehe

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...yaya dah follow sini...saja...buat blogwalking..hehe....harap sudi follow yaya... www.yayacendana.com :) tq

    ReplyDelete
  10. alahai..sedapnyeerrrr...lama dah tak makan gulai tempoyak...

    ReplyDelete
  11. Allahuakbar.. Sedapnye...lapar pulak tgh mlm macam ni tengok resepi gini

    ReplyDelete
  12. sedapnya..slm perkenalan..bw disini..sudi2 la singgah di www.housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Mmmmm.Sedap masak lemak tempoyak. T.Kasih resipe dari Mat Gebu. Sya tambah dengan petai sebab saya suka petai.

    http://kayupine.blogspot.com

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.