BIJI CEMPEDAK TUMIS CILI HIJAU..

rsz_sambal_biji_cempedak
Assalammualaikum, salam semua. Che mat baru berkesempatan nak duduk mengadap blog. Hari ni sebab tiada tetamu, maka dapatlah keluar rumah sekejap. Tapi pagi tadi sebelum keluar kenalah siap2 masak dulu. Menjadi rutin, kalau nak keluar, che mat harus masak serba sedikit untuk mereka yang tinggal dan dalam waktu sama bila balik nanti tak perlu nak kelam kabut memasak. Pernah makan biji cempedak yang dijadikan juadah untuk dimakan bersama nasi? Che mat pun sebenarnya baru pertama kali cuba. Sebelum2 ni kalau makan cempedak goreng, memang ada jugalah ku makan bijinya jika empuk. Pagi tadi che mat rebus biji cempedak dalam 25 ulas hingga empuk (kalau guna periuk tekanan atau pressure cooker, ambik masa 10 minit saja) dan kemudian dimasak sama cili hijau. Bak sebenarnya beri cadangan semalam, masa makan cempedak, dia kata biji ni, rebus dan bikin sambal sama cili hijau. Jadi che mat pun cubalah buat. Sedap dan rasa dia lemak. Selain itu ada juga yang beri cadangan biji cempedak dimasak lemak sama udang dan tadi bonda sedara che mat kata, di kampung dulu2, biji cempedak direbus hingga empuk, kemudian dijadikan begedil...tak sabar nak cuba ni, kalau che mat jadi bikin, nanti kongsikan di blog.....

BAHAN - BAHANNYA :-)
25 ulas biji cempedak
5 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
1 genggam ikan bilis
1 inci belacan*
1/4 cawan air*(*dilarutkan)
1 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 keping kecil asam gelugor

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Biji cempedak yang mentah, dicuci bersih, kemudian rebus hingga empuk, jangan lupa taruk sedikit garam dalam air semasa merebus tadi. Bila empuk, toskan dan biar biji cempedak sejuk. Buang kulitnya kemudian hiris sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Panaskan 3 camca besar minyak masak. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga harum dan bawang layu. Masukkan ikan bilis dan masak sekejap. Tambah bancuhan belacan dan sos tiram. Kacau rata dan biar mendidih,
  3. Masukkan asam gelugor, air dan biji cempedak rebus yang telah dihiris tadi. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan.....Selamat mencuba!!

Post a Comment

5 Comments

  1. Wahh biji cempedak pon blh buat masakan ye che mat. Dulu kecik2 rajin jugak saya mkn biji cempedak goreng. Skrg dh kurang dah. Mungkin blh try menu che mat ni nanti..

    ReplyDelete
  2. xpernah mkn lg ni biji cempedak yg dimasak mcm ni.. biasa mkn g2 je lps goreng cempedak.. boleh try ni... tp cempedak mahal lagi :(

    ReplyDelete
  3. Waahh.. nampak macam sedap ni Che Mat. nak cuba jugak lah.. Thanks Che Mat, sebab bagi idea. Biasanya, kita makan yang rebus ajer..

    ReplyDelete
  4. Che mat, try tambah petai dalam masakan ni..sambal hijau biji cempedak bersama petai...sedapp !!

    ReplyDelete
  5. che mat, try tambah petai dalam menu ni..sambal hijau biji cempedak bersama petai..confirm sedap !!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.