ASAM PEDAS 'MERDEKA 1957'...

rsz_aspip
Assalammualaikum, salam merdeka untuk semua rakyat Malaysia walau di mana anda berada. Hari ni che mat masak menu kegemaran, iaitu asam pedas dan sempena hari merdeka, che mat tambah 'merdeka 1957'..sebagai tanda ingatan. Seperti biasa, kalau masak asam pedas, ikan pari antara pilihan selain ikan kembong, kerisi, tenggiri dan sebagainya. Sawi jeruk antara bahan yang che mat amat gemari untuk dimasukkan ke dalam asam pedas. Tapi kalau guna sawi jeruk, tak perlu tambah daun kesom dan gantikan dengan bunga kantan dan serai, itu selera che mat, kalau anda suka tak salah nak masukkan daun kesom. Ada yang gemar asam pedas mereka agak pekat dan ada yang gemar sedikit cair. Pilihan che mat ialah asam pedas yang sederhana, tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Terung, bendi dan tomato antara sayuran yang menjadi pilihan untuk dimasukkan ke dalam asam pedas selain sawi jeruk. Boleh juga jika anda masukkan batang keladi sayur. Resipi seperti berikut...

BAHAN - BAHANNYA :-)
700 gram ikan pari
3 kelopak sawi jeruk
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 batang serai, diketuk
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang ditumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Sawi jeruk dicuci, kemudian potong kecil dan direndam. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  2. Panaskan 1/3 cawan minyak masak. Tumis serai hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga wangi. Masukkan cili kisar, kacau dan masak dengan api kecil hingga cili garing dan naik minyak, kacau sentiasa.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Biarkan mendidih. Tambah sawi jeruk, ikan pari dan kiub ikan bilis (jika guna), kacau perlahan dan masukkan lada hitam yang ditumbuk halus.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga ikan pari masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, telur dadar dan ulam-ulaman..

Post a Comment

7 Comments

  1. Sedapnya asam pedas,
    Asam pedas ikan pari pulak tu.
    Nampaknya boleh buat menu lunch besok ni.
    Terima kash cik Mat. dapat ilham bertandang kat sini..hihi :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya chef mat.. lama tak makan asam pedas ikan pari...

    ReplyDelete
  3. sedapnya ..teringin nak buat selepas merdeka pon boleh !

    ReplyDelete
  4. Mesti sedap kan. Saya buat selalunya cair kuahnya. Bila makan, kuahnya banyak tak habis. Nak hirup pedas plak. Selalunya memang buang saja.

    Jemput singgah blog saya MamaBijakAnakSihat

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.