BISKUT RAYA 3 : BISKUT BUNGA ZAHRA

rsz_bbz
Assalammualaikum, salam Rabu dan salam 14 Ramadan semua, diam tak diam dah masuk minggu ke dua kita berpuasa. Tinggal 2 minggu saja lagi Ramadan akan meninggalkan kita. Mungkin masa tu suri2 rumah dah mula sibuk fikir, biskut raya apa yang mereka nak buat atau mungkin juga beli yang siap dibuat, apa orang sekarang cakap, biskut tunjuk...Tak salah jika nak beli, cuma perlu berhati2. Pada che mat seelok2nya beli dengan penjual yang kita dah biasa tengok feedback dari pelanggan2 sebelumnya. Biskut2 yang seperti ini in sha Allah sedap dan berkualiti. Tapi jika ada kesempatan, apa kata buat satu dua jenis, saja buat ada2. Buat yang mudah2 dan senang. Che mat sendiri kalau biskut yang berhias bagai, drizzle coklat dan senagainya, sah2 aku malas nak buat. Kalau buat pun sikit ajer, sebab cepat bosan, tu yang susahnya. Namun begitu, biskut bunga zahra ini in sha Allah, che mat 'jamin' kesedapannya. Ada juga yang tanya, kenapa biskut ni harus ada 'zahra' kat depan dia?..Sebenarnya ini tanda kenangan che mat pada Zahra Nur Iman Ben Ashaari....sweetkan aku...tetiba** (*__^)

rsz_kueh_bangkit4
Sebelum che mat kongsikan resipi, nak tunjuk acuan yang che mat gunakan. Anda boleh beli dikedai serbanika, kedai menjual bahan2 baking dan sebagainya. Tip untuk mendapat cetakan yang kemas, anda sapu sedikit minyak makan pada corak2 yang ada tu, in sha Allah anda akan dapat biskut yang dicetak molek. Untuk hiasan che mat guna coklat M&M dan in sha Allah tidah lah cair masa dibakar, kecuali tepinya pecah2 sikit. Apa2 pun bila buat biskut raya, jangan stress. Untuk resipi ini anda akan dapat kurang lebih 165 keping...Che mat kongsikan resipinya di bawah ini...

BAHAN - BAHANNYA :-)
250 gram mentega (che mat guna golden churn)
75 gram gula aising, diayak
1 kuning telur gred A
330 gram tepung gandum*
45 gram tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
50 gram kelapa panggang (toasted coconut, contoh di sini), kisar halus
70 gram badam kisar
70 gram nestum, kisar halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Kuning telutr, untuk disapu atas biskut
Coklat M&M secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur, garam dan esen vanilla, putar rata, sementara itu, satu kan tepung yang diayak tadi bersama kelapa panggang kisar, serbuk badam dan nestum yang dikisar, gaul rata.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan2 kering yang disatukan tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang boleh dicanai. Matikan mesin, bulat2kan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan, bertujuan untuk mengelakkan doh masuk angin dan menjadi keras. 
  3. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian doh, canai diantara 2 lapisan plastik hingga mendapat ketebalan 1/2 cm. Terap dengan acuan kegemaran anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  4. Sapu kuning telur atas biskut dan taruk sebiji coklat M&M dibahagian tengahnya, buat hingga selesai dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C, selama 20 - 25 minit. Selepas 10 minit anda bakar, pusing2kan dulang pembakar agar biskut masak sekata.
  5. Bila biskut keperangan, keluarkan dari oven dan biar 1-2 minit atas dulang pembakar. Kemudian alihkan biskut atas jaringan, biar sejuk dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...Selamat mencuba!!..

Post a Comment

4 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.