Salam semua, ada sedikit masa tadi, che mat update laju2 satu menu ringkas yang sesuai untuk anda makan ketika bersahur atau pun berbuka puasa. Colek ikan satu menu pembuka selera yang terkenal di negeri2 pantai timur. Hidangan ini boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan sihat, kenapa?..Kerana ikan yang digunakan bukan digoreng, tapi dibakar hingga masak. Biasanya colek menggunakan ikan tenggiri, tapi ia takde pantang larang, anda boleh guna apa2 saja jenis ikan yang anda suka. Kali ni che mat guna ikan tongkol putih, kerana isi ikan tongkol putih lebih lembut dan sedap. Boleh juga guna ikan kembong atau apa2 ikan yang banyak isinya. Ia amat mudah disediakan dan kalau anda lihat resipi, colek ini seakan2 ikan bakar yang dicurah dengan ais asamnya sekali. Selalukan ikan bakar kita hidangkan berasingan dengan air asam atau sambal kicap. Jika ingin mencuba, che mat kongsikan resipi seperti dibawah ini...
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 keping ikan tongkol putih (atau tenggiri) cuci dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
1/2 cawan air suam
1 biji tomato, didadu kecil
1 biji bawang besar, didadu kecil
4 biji cili padi merah, hiris halus
4 biji cili padi hijau, hiris halus
1 pokok kecil daun ketumbar, hiris
1 camca teh sos ikan
1 biji limau nipis, perah jusnya (boleh guna 3-4 biji limau kasturi)
1 inci belacan, dibakar*
1 camca besar rata gula*
7 biji cili padi merah*(*ditumbuk hingga halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan dipanggang hingga masak (che mat guna kuali ajaib), lebih sedap kalau anda panggang atas api bara. Kemudian alihkan ke dalam pinggan sesuai dan ketepikan.
- Dalam satu bekas, masukkan bahan2 tumbuk halus dan air suam. Kacau hingga rata, tambah semua bahan lain kecuali cili padi merah dan hijau. Kacau hingga rata dan curahkan atas ikan panggang tadi. Tabur hirisan cili padi merah dan hijau. Hidangkan sebagai pembuka selera.
1 Comments
Menarik sekali resep colek ikan ini .. Belum pernah merasakannya .. Salam kenal buat Che Mat .. Terimakasih sdh sudi kongsi resep2 enak selama ini .
ReplyDelete