LEMAK CILI PADI IKAN KELI SALAI SAMA BELIMBING BULUH..

rsz_keli_salai1

Assalammualaikum, salam Rabu. Alhamdulillah gusi che mat dah ok, tapi tak boleh nak makan yang keras2 sangat, kena berhati2 juga sebab baru saja baik. Jadi nak makan kacang tanah goreng pun bimbang, buatnya terhentak kat gigi bahagian gusi yang sakit tu, mau terkucil kang, huhu. Hari ni che mat masak lemak cili padi ikan keli salai sama belimbing buluh, panjang giler nama, tak muat surat beranak kalau nama baby macam tu punya menjela. Ikan keli salai ni pemberian saudara che mat. Ahad lepas kan kita orang ada jemputan kawen ni Kampung Pulau di Labu, Negeri Sembilan, masa balik tu singgah rumah beliau. Dihidangkan lempeng kelapa cicah lemak cili padi ikan tilapia merah salai campur pucuk ubi...sedapp okeh, yelah orang Nismilan tulen yang masak, air tangan tu yang buat ia jadi sedapp. Masak balik, dibekalkan pulak ikan keli salai, tu yang che mat on kan projek memasak pagi tadi...ehemmm...

rsz_kelai_salai
Bahan2 untuk memasak lemak cili padi ini tak delah banyak sangat. Dan secara tradisinya orang Negeri Sembilan memasak tanpa bawang, tapi kunyit dan cili harus lebih. Santan kelapa memainkan peranan utama, kena pekat (tapi sekali2 ok lah kan, pekat sangat ni pun ngeri juga bab kolestrol!). Che mat suka gantikan asam gelugor dengan perahan jus limau kasturi. Tapi tengok juga lah, kalau masak cili padi yang ada tempoyak, jus limau kasturi kurang sesuai. Cili padi kampung lebih enak, walaupun anda guna yang warna hijau, ia tetap harum dan rasa sedap, berbanding cili padi thai, ada rasa maung. Ada yang tanya che mat di InstaGram, macam mana nak salai ikan keli. Biasanya ikan keli kita siang (kalau dapat keli sungai lagi sedap), kemudian cuci, gaul dengan tepung gandum dan perap sekejap. Cuci kembali dan perap sekali lagi dengan jus limau kasturi selama 10 minit, cuci dan toskan. Lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, kemudian salai atas bara api untuk mendapat aroma yang sedap, balik2kan ikan agar masak sekata. Kalau salai atas kuali atau oven pun boleh, tapi tak dapat bau seperti ikan salai sebenar. Ok...jomm kita mula memasak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan keli salai, saiz sederhana
2 batang serai, diketuk
12 biji belimbing buluh, dibelah 2 tapi tak putus
1 helai daun kunyit, disiat
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1 liter santan cair
450 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
35 biji cili padi kampung, warna hijau (boleh kurangkan)
2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih (kalau besar, guna 1 atau 2 ulas saja)

KELI SALAI

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam periuk. Masukkan juga serai yang diketuk dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan ikan keli salai dan daun kunyit. Kacau perlahan dan masak sekejap.
  2. Tuang pati santan, kacau. Biar mendidih dengan api sederhana. Masukkan belimbing buluh. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan2 dan masak sekejap lagi. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan biar mendidih dengan api kecil. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain....Selamat mencuba!!

Post a Comment

6 Comments

  1. MY FEVERET.. SEDAPNYA. terliur da nie

    ReplyDelete
  2. Kalau nak buat reseting ni bole la beli keli salai disini m.mudah.my/view?q=salai+&ca=7_3_s&e=0&sa=&cg=0&f=a&ad_id=38114470

    ReplyDelete
  3. Kalau nak buat resepi ni bole la beli keli salai disini: m.mudah.my/view?q=salai+&ca=7_3_s&e=0&sa=&cg=0&f=a&ad_id=38114470

    ReplyDelete
  4. nak beli keli salai sedap dan enak? beli kat sini: http://www.mudah.my/vi/38114470.htm

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.