Assalammualaikum, lambat che mat dapat bersiaran hari ni. Siang tadi kami menerima tetamu, saudara che mat. Dah terlanjur mereka datangm che mat bikinkan kek chiffon pandan ini untuk dimakan sebagai santapan selingan. Memandangkan isteri beliau tak makan kek yang ada mentega, che mat rasa kek chiffon paling sesuai, sebab hanya gunakan minyak jagung. Kek ini telah che mat oleh dengan mengurangkan gula untuk mendapat rasa yang kurang manis. Bersaiz agak besar dan sesuai dijamu pada tetamu (tau keluarga dan teman2). Kadang2 kita nampak cara membuat kek chiffon agak mudah, tapi ada kala meragam juga, che mat sendiri pernah hadapinya. Dan banyak juga resipi2 yang telah dicuba, ada yang amat2 menjadi dan ada yang kurang menjadi seperti lekuk ditengah, atau masa kita sejukkan kek chiffon dalam keadaan terbalik, keknya tidak melekat pada acuan dan terus melurut keluar...
Seperti anda tau, kek chiffon ialah sejenis kek span yang lembut dan gebu. Membuatnya menggunakan acuan yang khas untuk kek chiffon. Dan kek bila masak, kena dikeluarkan dari oven, kemudian terus diterbalikkan tinnya. Biar hingga dalam keadaan terbalik hingga kek sejuk. Nak cepat, anda boleh halakan kipas angin pada tin kek tadi. Satu lagi anda boleh guna pelbagai perisa yang anda suka. Pandan memang menjadi pilihan ramai, tapi anda boleh guna perisa keladi, blueberi, stoberi. mocha atau pun vanilla. Che mat letak sedikit santan dan sesuai jika anda guna perisa keladi atau pandan. Jika guna perisa lain, boleh ganti santan dengan susu segar. Untuk pandan anda ada 2 pilihan, samada nak guna perisa atau pun jus dari pandan segar yang dimesin dan ambil jusnya. Che mat guna perisa pandan saja...Resipi memang mudah dan in sha Allah jadi dengan sempurna kalau anda buat.....
BAHAN-BAHAN A :-)
6 kuning telur gred A
120 gram gula kastor
100 ml santan (atau susu segar)
70 ml air
100 ml minyak jagung
225 gram tepung gandum*
1 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan, gaul rata dan ayak)
1 1/4 camca teh pes pandan
Secubit garam
BAHAN-BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
100 gram gula kastor
1/2 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C, sediakan acuan untuk kek chiffon bersaiz 26cm (jangan disapu dengan mentega, biar macam tu saja). Ketepikan. Dalam satu mangkuk besar, satukan kuning telur, gula dan garam. Kacau dengan whisk hingga semua sebati dan berkrim. Tambah pati santan, air dan pes padan. Kacau hingga sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata, adunan akan menjadi kental. Tuang minyak jagung, kacau hingga sebati dan adunan jadi licin. Ketepikan sebentar.
- Dalam mangkuk yang kering dan bersih. masukkan putih telur, putar hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan terus putar hingga mendapat adunan yang kental (bila anda terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh).
- Ambil 1/4 bahagian putih telur, kemudian gaul dengan adunan pandan hingga sebati, tambah lagi 1/4 bahagian putih telur dan gaul dengan adunan pandan hingga sebati, gunakan kaedah kaup balik untuk baki putih telur. Buat hingga siap dan gaul hingga adunan rata (adunan akan menjadi banyak dan ringan).
- Tuang dalam acuan, ratakan dan bakar selama 50 minit atau hingga kek masak. Bila masak (boleh juga diuji dengan mencucuk lidi sate yang bersih pada tengah2 kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak), keluarkan kek dari oven, kemudian terbalikkan acuan berisi kek atas jaring. Biarkan kek sejuk dalam keadaan tin terbalik.
- Kemudian sisip tepi dan tengah kek dengan pisau nipis, tanggalkan dari acuan dan sisip pula bahagian bawahnya. Keluarkan dan boleh dipotong. Hidangkan untuk minum petang...Selamat mencuba!!..
7 Comments
wah kaknoor tertariklah dgn gambar kek tu cikmat, jamu mata je malam2 ni
ReplyDeletearghhh asal tgk blog nie je terus rasa L>A>P>A>R
ReplyDeletecantiknya kek, tadi tertengok IG Dato' CT pun buat kek ni juga. tapi dia punya kemek. mungkin boleh berguru dengan che mat ;D
ReplyDeleteSedapnye kek chiffon...
ReplyDeleteEntri terbaru:Cara Menjana Pendapatan Pasif dengan Hanya Melalui Handphone Anda
nak pengsan tengok cake....warghhhh.....banje PCM...
ReplyDeletesuka kek ni..selalu beli dekat kedai
ReplyDeleteSalam. Suka sgt lah dgn kek chiffon ni. Haritu saya buat gebu gebas sgt haa sbb tlebih baking powder. Huhu. Kalau sudi lawatlah blog say. Saya org baru org muda suka sgt masak :)
ReplyDelete