Assalammualaikum, salam Khamis. Cuti masak nasi hari ni, konon2lah tapi memang tak masak nasi. Sebab apa?..sebab che mat malas nak masak nasi. Plan nak bikin rojak dah 2 hari lepas, tapi bahan2 kurang, jadi kena tunda sampai hari ni. Che mat pernah buat sekali dulu, dan resipi masih ada dalam blog ini. Nampak macam rumit aje, macam banyak aje kerja yang perlu dibuat. Memasak ni kena ada perancangan, dan kena susun kerja memasak agar ia berjalan lancar tanpa ada yang terlupa dan tertinggal. Nak2 kalau membuat kek, memang kena peka dan tenang. Resipi rojak ini asalnya che mat ambik dari sorang blogger masakan, tapi sekarang dia dah tak berblog lagi. Macam tu lah kita blogger masakan, selagi kita guna resipi tu in sha Allah kita sentiasa diingati....alhamdulillah...
Che mat buat dalam kuantiti sederhana saja, tapi kuah tu anda boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk atau didingin bekukan dalam freezer. Bila nak guna tinggal panaskan, kalau pekat, bancuh dengan sedikit air panas sampai tahap kosistensi yang anda suka. Resipi asal tak guna belacan, tapi che mat taruk sedikit dan biskut tawar, che mat ganti dengan biskut marie. Bijan tu ikut suka anda, tapi kalau tabur bijan, rasa dia lagi sedap, kasi sangai dulu atau goreng tanpa minyak hingga harum, guna api kecil aje, dan kacau selalu agar masak rata. Kalau anda suka pedas, boleh tambah cili. Che mat perasan juga, kalau rojak mamak, kuah dia kemerah2an seperti guna serbuk cili, ke dia orang letak pewarna eks?...kena selidik nihh...ehem....
Sebelum che mat tulis resipi, sila lah lihat gambar atas ni, nak ambik daun pisang malas beno, nasib baik ada pinggan bentuk daun pisang. Yang penting kat sini kuah rojak dan cucur tepung tu, seakan2 cucur udang tapi kosong tanpa udang atau sayur2an (tapikan kalau nak masukkan cucur udang dan mi kuning dalam rojak ni pun ok, kan kita yang buat dia, sapa ada kesah betul tak?)....Resipi cuma anggaran saja yea, dan bergantung pada penduduk rumah anda, kalau ramai dan suka makan rojak, sila topup mana yang perlu. Kalau tak ramai macam rumah che mat, boleh lah kurangkan...Jomm kita bikin rojak cucur tepung!!...
BAHAN-BAHAN KUAH ROJAK :-)
12 keping biskut marie, kisar halus
1/2 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk hancur
15 tangkai cili kering, buang biji, cuci dan toskan
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1/2 inci belacan, dibakar
3 camca besar gula melaka
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
6 - 7 cawan air (atau secukupnya)
Sedikit bijan, digoreng tanpa minyak hingga harum, untuk hiasan
BAHAN-BAHAN ROJAK :-)
Cucur tepung secukupnya (resipi di bawah)
4 biji telur rebus, digoreng dan toskan
5 biji kentang, rebus hingga empuk, biar sejuk dan digoreng
4 keping tempe berbungkus daun, didadu dan digoreng
Daun salad secukupnya, cuci, toskan dan potong
Tauhu, digoreng dan potong kecil
Cili hijau, dipotong kasar
Timun, dihiris kecil
Sengkuang, dihiris kecil
BAHAN-BAHAN CUCUR TEPUNG :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 camca besar gula halus
1/3 camca teh garam
1 camca teh penuh instat yeast
1/2 camca teh serbuk kunyit @ beberapa titik pewarna kuning makanan
1 cawan + 2 camca besar air
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK KUAH ROJAK :- Cili kering yang telah ditoskan hingga kering, digoreng hingga harum jangan sampai hangus. Angkat dan toskan. Kemudian kisar cili tadi dengan bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih dan udang kering hingga halus. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan2 kisar tadi hingga harum dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan gula melaka dan biskut marie kisar. Kacau hingga sebati.
- Masukkan kacang tumbuk dan perasakan dengan garam secukupnya. Tambah gula jika perlu. Kacau dan masak dengan api kecil hingga pekat sedikit. Seimbangkan rasa dan jika ok boleh matikan api.
- UNTUK CUCUR TEPUNG :- Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 untuk cucur tepung, kecuali air. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit Sambil dikacau rata dan air habis. Perap adunan selama 1 jam. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kacau adunan cucur tepung, kemudian sudukan ke dalam minyak panas, goreng seperti anda buat cekodok, angkat dan toskan. Buat hingga siap.
- UNTUK ROJAK CUCUR TEPUNG :- Dalam mangkuk, masukkan serba sedikit bahan2 rojak (pastikan cucur tepung, tauhu goreng, telur dan kentang anda potong kecil dahulu sebelum digunakan). Kemudian tuang kuah secukupnya dah gaul hingga rata. Alihkan ke dalam pinggan sesuai, tabur sedikit bijan atasnya dan hidangkan segera.....ehemm...selamat mencuba!!..
6 Comments
assalamualaikum cikmat, lama sngt kaknoor tak buat rojak ni terlior lah pulak tengok rojak nanti nak copy lah resepi ni..
ReplyDeletepcl memang suka kuah pedas dari yg manis..maklumlah dah makin dimamah usia ni..manis kena kurangkan dalam makanan.
ReplyDeletewishing your mum hepi bday n may she be blessed with lots of love from her loved ones
ReplyDeletewishing your mum hepi bday n may she be blessed with lots of love from her loved ones
ReplyDelete@Mrs Farah - terima kasih atas ucapan anda....bonda che mat berkirim salam..
ReplyDeletefeberet sangat ni abg mat.... =( tiap2 minggu pegi taman , sebab ada mamak jual naik lori.. adehh..padahal baru makan semalam,tp laa ni tengok ni ngencesss pulak
ReplyDelete