'MAT GEBU' APPLE PIE...BOLEH CAYA KE?

rsz_pai_eppal
Assalammualaikum, salam Isnin. Entri pertama che mat ni hari ialah Pai Epal atau nak kelas lagi sebut ala2 omputeh celop tepung....an 'apple pie'. Tau tak ini sebenarnya satu benda yang che mat nak buat sejak beberapa hari dulu. Inti pir che mat dah masak 3 hari lepas ok, memang plan nak buat masa tu, tapi tiba2 ada hal lain. Maka terpaksa ku simpan dalam peti sejuk. Bila dah simpan, mula lah rasa malas tahap kuda kepang, haishh, tak boleh jadi ni, jadi hari ni sebab che mat kurang masak yang ganas2, maka adalah ruang waktu yang sesuai untuk kita bikin an apple pie. Dan alhamdulillah ia menjadi seperti yang anda lihat dalam gambar di atas tu. Comelkan, siap ada nama 'MAT GEBU' lagi, yelah kang kalau tak taruk, ada pulak yang tanya...eh you ke yang bikin apple pie, che mat?...habis tu you jiran ai ke yang bikin kan?..grrrr....

rsz_pai_eppal1
Untuk resipi ini, che mat guna 3 biji epal hijau untuk intinya dan campurkan dengan kismis. Guna acuan tart jenia loose bottom (bahagian bawah boleh tanggal) bersaiz 6 + inci. Untuk bahagian atas pai, anda boleh dan hias ikut kreativit anda. Nak susun bersilang macam pai epal tradisi pun boleh. Che mat guna cutter khas untuk membentuk jaringan dan che mat gunakan sebagai penutup bahagian atas pai (kalau pai. atas dia ada tutup, kalau terdedah tu kita panggil tart). Selain tu baki pastry anda boleh bentukkan corak2 yang anda suka dan taruk atasnya sebagai hiasan. Macam Che mat guna cookie cutter huruf2 untuk bikin nama 'Mat Gebu' dan sedikit hiasan daun2. Benda ni seronok untuk kita buat. Dan lagi seronok kalau dapat bershopping di sini...cuba lah in sha Allah anda tak menyesal.

PAI EPPAL4
Ni antara gambar2 semasa proses che mat bikin Mat Gebu Apple Pie..

BAHAN-BAHAN PASTRI :-)
300 gram tepung halus (che mat guna tepung gandum)
120 gram mentega, disejukkan dan dadu kecil
40 gram lemak sayur @ shortening
1 camca teh gula aising
1/3 camca teh garam
4 - 5 camca besar air ais

BAHAN-BAHAN INTI :-)
3 biji epal hijau, kupas kulit, buang empulur dan didadu
1/3 cawan kismis
2 1/2 camca besar gula perang (boleh tambah kalau suka lebih manis)
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar penuh mentega
1/2 camca besar penuh tepung jagung
1/4 camca teh garam

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
1 kuning telur*
1/2 camca teh esen vanilla*
1 camca besar susu cair*(*dikacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRI :- Satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata. Masukkan mentega sejuk dan lemak sayur. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seperti serbuk roti. Masukkan esen vanila dan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan dan bungkus dengan plastik. Simpan dalam peti sejuk 30 minit.
  2. UNTUK INTI PAI :- Panaskan mentega, masukkan epal dan kismis, kacau dan tambah gula perang dan garam. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga epal lembut. Masukkan serbuk kayu manis dan tepung jagung. Gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan sejukkan.
  3. UNTUK PAI EPAL :- Panaskan acuan pada suhu 180C. Sediakan acuan sesuai (che mat guna acuan berukuran 6 inci). Keluarkan doh dari peti sejuk, kerat 2 dan ambik 1/2 bahagian dan simpan 1/2 lagi dalam peti sejuk. Tabur tepung atas meja kerja, canai doh kurang lebih 0.3 cm, kemudian alaskan pada acuan tadi. Kemaskan dan cucuk permukaannya dengan garfu.
  4. Isikan dengan inti pai, ratakan. Tutup atas pai dengan baki doh, Ini terpulang pada anda nak hias macam mana, ikut kreativiti masing2. Kemudian sapu dengan bancuhan kuning telur masukkan ke dalam oven di rak paling bawah dan guna api bawah sahaja selama 40 - 45 minit atau hingga pai kelihatan perang keemasan dan 10 minit sebelum tamat tempoh membakar, on kan api atas bawah agar permukaan pai perang. Keluarkan dan biar sekejap. Tanggalkan pai dari acuan dan boleh hidangkan..

Post a Comment

11 Comments

  1. Ya Allah.. sedapnya.. sy mmg suka sgt2 apple pie..thnk sharing che mat..

    ReplyDelete
  2. Allah... cik mat.... jangan dera saya.... tolonggg....

    lama ngidam makan apple pie since blaja buat dgn chef berbelas tahun dulu... kui2...

    ReplyDelete
  3. len kali buat dua tiga loyang... seloyang anta sini...hehehhe..

    ReplyDelete
  4. sedapnya... manis manis masam tu kan... buat dessert memang best tu

    ReplyDelete
  5. ok pcm...saya nak ni tau nanti...tapi nak nama Sunah Soleh :p

    ReplyDelete
  6. sedapnya....terima kasih resepi yang sedap...salam perkenalan

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wrt wbt,

    Pertama sekali, ingin kami memohon maaf kerana meninggalkan komen ini di blog anda dan tindakan ini boleh disalah anggap seolah-olah seperti spam dan kurang professional. Tujuan komen ini adalah untuk menyebarkan berita baik tentang pelancaran laman web Letsmasak.com.

    Letsmasak.com merupakan sebuah laman web resipi yang mempunyai pelbagai fungsi media sosial yang menarik. Melalui Letsmasak.com , komuniti pengguna dapat memanfaatkannya sebagai sebuah platform untuk berkongsi resipi, ilmu dan tip-tip masakan agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Dengan design yang kemas, mesra pengguna, serta komuniti yang interaktif dan proaktif, Letsmasak.com sudah pastinya sangat selesa digunakan oleh para pengguna sebagai personal-recipes-composer. Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda untuk bersama menyertai komuniti kami dalam menyumbangkan ilmu melalui platform Letsmasak.com.

    Untuk mendaftar, anda boleh berbuat sedimikian melalui url tersebut:
    http://letsmasak.com/register

    Oleh kerana masih tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Letsmasak.com ini, maka kami ingin memohon jasa baik anda sekiranya sudi untuk menulis entry review tentang Letsmasak.com di blog ini. Kami amatlah menghargainya.

    Kami memohon maaf sekali lagi atas tindakan ini. Kami amat berharap agar komuniti Letsmasak.com akan berkembang justeru dapat dimanfaatkan oleh semua.


    Ikhlas daripada,
    Letsmasak.com

    ReplyDelete
  8. Saya oun nak juga nnti..SIS LIN
    Hehehehee...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.