MI HOON GORENG SAMBAL SEGERA...

rsz_bi_hoon_goreng
Salam semua...siapa suka mi hoon goreng?...Mesti ramai yang suka dan mi hoon antara hidangan popular di Malaysia. Paling kerap ia digoreng. Che mat antara penggemar mi hoon, tak kesah lah digoreng ke, atau bikin mi sup. Mi hoon juga satu jalan selamat dikala buntu memikirkan apa hidangan yang akan dimasak jika ada tetamu, nak2 tetamu mengejut yang hanya kasi tau nak datang ke ruma kita pada saat2 akhir. Dalam pantry rumah che mat sendiri ada beberapa bungkus mi hoon yang disimpan sebagai stok. Mi hoon yang dalam pack lebih elok dari yang bungkusan besar, kecuali jika anda masak dalam kuantiti yang banyak contohnya untuk jamuan dan sebagainya. Maka mi hoon pack besar adalah wajar. Ada pelbagai jenis jenama mi hoon dalam pasaran. Ada mi hoon yang halus dan ada pulak yang kasar2 sedikit...

rsz_bi_hoon_goreng1
Untuk resipi ini che mat guna 1 paket mi hoon yang beratnya kurang lebih 160 gram. Dan seperti biasa sambal dia memang che mat dah bikin awal2. Buat banyak2 dan simpan dalam peti sejuk, nak tahan lama, boleh bekukan. Untuk sambal tu benda2 asas saja. Anda boleh guna ikan bilis atau udang kering untuk rencah sambal tadi. Che mat guna udang kering dan sedikit belacan. Masak sambal hingga garing dan naik minyak. Untuk mi hoon anda rendam hingga lembut, atau nak cepat, boleh rebus. Pastikan anda masukkan mi hoon dalam periuk, tuang air dan baru dimasak atas api hingga mi hoon lembut. Kalau masukkan mi hoon terus ke dalam air mendidih, dikhuatiri mi akan melekat2 dan lembik terlalu cepat. Rasa che mat resipi seperti ini sesuai untuk mereka yang bujang atau yang baru2 nak belajar memasak....Ok, jomm kita mulakan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi hoon (kurang lebih 160 gram) rendam hingga lembut
12 biji bebola ikan, potong 2 setiap 1
15 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
2 mangkuk taugeh (kurang lebih), dibersihkan
2 biji telur, dipukul sedikit
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 camca besar sambal segera*(*resipi dibawah)
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
Sos ikan secukup rasa (boleh ganti dengan kicap cair)
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Telur mata kerbau
Hirisan timun secukupnya
Limau kasturi, dibelah dua

BAHAN-BAHAN SAMBAL :-)
4 senduk nasi cili kisar
2 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan, dibakar*(*dikisar halus)
1 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 3 camca besar minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan sambal segera, sos tiram dan sos cili. Kacau rata dan masukkan udang, tauhu goreng dan bebola ikan, gaul rata dan tuang sedikit air (anggaran 1/4 cawan). Masak hingga pekat dan udang masak.
  2. Tolak bahan tadi ke tepi kuali, masukkan telur dan masak hingga telur kental. Kacau hingga hancur. Gaul rata dan masukkan mi hoon tadi. Sederanakan api dan gaul mi hoon hingga mesra dengan bahan2 lain. Tambah sos ikan secukup rasa (atau kicap cair) dan kacau rata.
  3. Tambah taugeh dan gaul. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup, bawang goreng dan cili merah sebelum dihidangkan bersama telur mata kerbau, timun dan limau kasturi.
  4. UNTUK SAMBAL SEGERA :- Panaskan 1 cawan minyak masak atau lebih sedikit. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak lagi hingga pekat dan garing. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sambal sejuk, boleh simpan dalam botol bersih. Masukkkan ke dalam peti sejuk untuk jangka hayat sambal yang lebih lama (pastikan sambal tenggelam dalam minyak yang anda guna untuk menumis)...

Post a Comment

3 Comments

  1. Hebat..SP peminat no 1 mihoon..terbaik :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya... tapi banyaknya bahan walau pakai sambal segera jer... kalau orang bujang mesti sambal je tu ngan meehoon... hahahaha

    ReplyDelete
  3. Terima kasih utk Tips sambal segera tu.AA suka sangat

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.