LONTONG RAYA HAJI...

rsz_loontong
Rupanya ada entri yang tertinggal, huhu. Takpe lah, che mat jadi entri untuk kali ni dan setidak2nya boleh gak beri idea untuk anda bersarapan esok. Raya Haji, Ahad lepas che mat bikin ketupat dan lauk2 hari raya. Jadi mestilah ada kuah lodeh, bila ada kuah loden makan pulak sama ketupat, dah jadi lontong. Benda ni takde apa2 yang istimewa sangat, biasa saja. Dah berpuluh kali che mat masukkan entri lontong ni, rasanya kalau che mat tak tulis resipi pun takpe lah kan, boleh?..hehe. Untuk sambal che mat bikin sambal sotong kembang berkacang, kira dua dalam satu, sambal tumis ada sambal kacang sekali campur. Tau tak, sambal sotong berkacang ni popular di Johor...

rsz_loontong1
Selain tu serunding dan telur rebus antara bahan pelengkap. Untuk lodeh ada pelbagai versi, yang masak lemak macam biasa ada, yang ditumis pun ada. Boleh buat ikut kaedah mana yang anda suka. Kalau suka boleh juga masukkan udang hidup sebagai perencah. Nak campur ketumbar jintan pun boleh, tapi che mat tak guna, cuma masukkan serai dan lengkuas saja. Kuah lodeh kebiasaannya mengandungi sayur2 asas seperti, kacang panjang, tempe, tauhu, sengkuang, lobak merah, kobis, tauhu kering atau fucuk dan soo hoon. Boleh juga dimasukkan terung, bunga kobis dan kentang. Cuma kalau banyak jenis nanti jadi satu periuk besar....jadi anda pandai2 lah agak ok. Che mat sertakan resipi loden dan sambal sotong kembang berkacang....

KUAH LODEH....

BAHAN-BAHANNYA :-)
6-7 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 biji sengkuang saiz kecil potong seperti anak mancis
1 batang lobak merah, potong seperti anak mancis
1/2 biji kobis bulat saiz kecil, hiris, cuci dan toskan
1 biji terung ungu, dipotong kiub, rendam
50 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
2 keping tauhu keras, dipotong kiub
3 keping tempe berbungkus daun, dipotong dadu
1 cekak soo hoon, potong pendek
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
2 liter santan cair
500 ml pati santan
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Ketupat secukupnya
Telur rebus secukupnya, dibelah 2 setiap 1
Serunding
Sambal tumis (resipi anda boleh rujuk di sini)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH LODEH :- Panaskan 1/3 cawan minyak dalam periuk. Tumis serai dan lengkuas hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan sayur2 yang keras dahulu seperti sengkuang, lobak merah , fucuk (toskan) dan tempe. Kacau dan masak sekejap hingga sayur lembut sedikit. Masukkan kobis. kacang panjang, terung (toskan) dan tauhu. Kacau perlahan2. (jika kurang kuah, anda boleh tambah sedikit air).
  3. Cuci soo hoon bawah air paip dan masukkan ke dalam periuk. Kacau perlahan dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sediikit gula. Masak dengan api kecil sambil dikacau perlahan. Rasa dan jika ok boleh matika api.
  4. UNTUK LONTONG :- Masukkan secukupnya ketupat yang telah dipotong ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah lodeh bersama isi2nya sekali. Letak telur rebus, serunding dan sambal tumis. Hidangkan....sesuai untuk sarapan pagi.

Post a Comment

6 Comments

  1. wahhh sdap... leh try nanti. dah la lontong pebret lisa

    ReplyDelete
  2. kita pun buat lontong resepi CM. tapi resepi yg lagi satu. xd lengkuas. kunyit kita pki kunyit hidup. mmg sedap lontong guna resepi CM. baru 1st time buat pun terus jadi. Encik suami makan bertambah-tambah. TQ.

    ReplyDelete
  3. ermmm....mesti sedap rasanya. tgk gambar pun dh terliur. kena cuba resepi longtong che mat ni.

    ReplyDelete
  4. sedapnye.. rajin2 nanti nak buatla.. terliur plak nengoknye

    ReplyDelete
  5. Memang sedap mabelesss...
    Hrtu masa raya haji rumah ko, memang aku makan menu ni..
    Rendangnya tu dgn sambal sotong kembang mmg sedap!

    TQ Denan!!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum En Mat😊
    Azah copy yer resepi ni😉

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.