KANGKUNG BELACAN TETAP DI HATI...

rsz_kangkungg_ber_lachans
Kangkung antara sayur kegemaran keluarga che mat terutama Bak. Ada yang kata kangkung sayur berunsur sejuk dan tidak sesuai untuk mereka yang ada sakit lenguh2 sendi. Pernah tak anda nampak kangkung ada yang daun halus dan ada yang daun besar?..Satu tu kangkung yang ditanam dikebun, satu lagi jenis kangkung kampung. Kangkung menjadi antara bahan2 utama dalam rojak petis, nasi goreng kampung, mi udang pulau pinang dan ada yang menghidangkan kangkung celur bersama nasi lemak, terutama orang peranakan baba nyonya. Kangkung sedap dimakan semasa panas. Dan kalau anda perhatikan, selalunya bila menggoreng kangkung, kita akan guna api besar dan dikacau pantas, pantas kat sini bukan lah sampai kuali, sudip semua terbang, tapi proses mengacaunya kena cepat agar kangkung masak sekata tapi bukan sampai layu sangat. Selain itu kangkung anda boleh masak lemak sama keledek...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak kangkung
1 genggam ikan bilis dibersihkan dan rendam 5 minit
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang puith
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kangkung disiang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toska. Ikan bilis ditoskan, perah dan goreng hingga garing, angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak, dan tinggalkan kurang leebih 3 camca besar. Masukkan bahan2 tumbuk dan masak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan sos tiram, kacau dan tuang sedikit air. Besarkan api, dan masukkan batang kangkung, masak sekejap hingga lembut. Tambah daun kangkung, kacau pantas, perasakan dengan garam secukupnya, masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api. Tabur ikan bilis goreng sebelum dihidangkan bersama nasi atau bubur nasi. Sedap dimakan selagi panas.

Post a Comment

5 Comments

  1. kangkung belacan la sayur kedua selepas kailan ikan masin yang saya belajar makan. lain-lain sayur masih tak boleh nak masuk ke tekak. hihihi

    ReplyDelete
  2. Terlior ai... ! boleh masak petang ni... mekacaih CMG

    ReplyDelete
  3. sedapnye tgk gambar pun dah teringin... smalam i try resepi panna cotta CM, menjadi! resepi and tips CM bagi tak pernah mengecewakan, tq CM sbb tak lokek ilmu =)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.