JERUK MANDAI TUMIS CILI..

rsz_tumis_cili_jeruk_mandai
Assalammualaikum. Salam semua, mungkin masa ni anda sudah berada di kampung, atau dijalan raya menuju ke kampung, moga selamat sampai. Che mat dah mula sibuk. Masa pun dah mula ketata. Nak ambik gambar biskut2 raya dan kek2 lapis yang che mat buat pun tak sempat dah. In sha Allah lepas raya pun boleh lah kan. Hari ni che mat masak paling ringkas. Jeruk mandai tumis cili, singgang ikan parang, telur dadar dan kangkung belacan. Yang lain tu semua anda biasakan, cuma tang jeruk mandai tu mesti ada yang tak berapa nak tau. Kalau tak silap che mat lah, mandai atau jeruk kulit cempedak satu hidangan orang2 Banjar. Diperbuat dari kulit cempedak, dibuang kulit luarnya dan dipotong besar2, kemudian dijeruk bersama air garam (anda boleh google nanti untuk melihat rupa 'mandai' tu macam mana). Mandai yang che mat guna ni pemberian Mak Jah Parit Rasipan, Batu Pahat, Johor. Pertama kali makan, terus jatuh cinta....serius sedap dan rasa dia sungguh esotik dengan baru harum cempedak. Selain ditumis macam che mat buat ni. Boleh juga dimasak lemak sama udang atau dimasukkan ke dalam asam pedas, seperti sawi jeruk. Nanti ada masa che mat bikin jeruk mandai dan kongsikan sama anda yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan hirisan jeruk mandai @ jeruk kulit cempedak 
1 gengga, ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1/2 camca teh gula
Garam jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci mandai atau jeruk kulit cempedak bawah air paip. Kemudian perah hingga kering dan hiris kecil. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar). Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan ikan bilis dan masak hingga ikan bilis sedikit garing.
  2. Tambah mandai, kacau rata dan masak hingga kering dan mandai kering. Tambah gula dan sedikit garam jika perlu. Kacau rata dan matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng..

Post a Comment

14 Comments

  1. Betoi3.... memang masakan banjar ni. Sedap... Lama dah tak mkn masakan jeruk mandai ni sejak arwah tok dan arwah mak meninggal dunia. Terima kasih Tn Adnan. Sedap ni...

    ReplyDelete
  2. Salam Aidil Fitri En. Mat. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  3. Should you are unable to be of assistance to your children in the preparation of a project paper, do not regret. Just log on to rayproofread.blogspot.com for help. Ray will be able to edit the draft that enables the examiner to read with pleasure and and in the course of reading, identify the substance in the writing.

    Sekiranya anda tidak dapat membantu anak-anak anda dalam penyediaan kertas kerjadi dalam Bahasa Inggeris sehingga ke peringkat sekolah menengah, usah risau. Sila layari rayproofread.blogspot.com untuk bantuan. Ray akan dapat mengedit draf yang membolehkan pemeriksa membaca dengan lancar dan pada masa yang sama mengenal pasti bahan yang membezakan yang baik dari yang biasa dalam penulisannya

    ReplyDelete
  4. Salam aidil fitri cm, maaf zahir batin. Pertama kali dgr juadah tu. tergambar bau cempedak yg wangi. Harap suatu hari nanti dapat menjamah juadah ni.

    ReplyDelete
  5. sy tak pernah lagi masak mandai utk alternatif lain mcm yg che mat ckp..kalau ada...sharelah sama2 resepi..tentu lebih variety nnt..x sabar nak tggu..

    mandai mmg sedappp...

    ReplyDelete
  6. mandai? baru pertama kali dengar..nampak sedap...

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/08/9-tips-turunkan-kolestrol-cepat-mudah.html

    ReplyDelete
  7. tak pernah tau lagi jeruk ni.. baru tau je. :) macam menarik..

    ReplyDelete
  8. tak pernah akak dengar jeruk kulit cempedak. bagaimana rasanya? misti sedap ye. boleh cite camane nak buat jeruk kulit cempedak ni,....hehe...teringin nak cuba

    ReplyDelete
  9. tengok gambar cenggini pun ayaq liuq dah ngecessss....huwaaaaaa

    ReplyDelete
  10. Salam Cik Mat. Cik Mat OK ke? Lama dah tak nampak ni. Selamat Hari raya Cik Mat.

    ReplyDelete
  11. salam malam..hebat cukup sedap..resipi terima kasih resipnya ya

    ReplyDelete
  12. Saya tak pernah makan apa lagi nak masak mandai ni. ada jual kat pasaraya ke chef mat gebu

    ReplyDelete
  13. Feveret sepanjang zaman ni...hehe... makanan org banjar ni....jeruk mandai, kulit cempedak...xde rase cempedak or bau cempedak pn, tp mmg sdp mkn ngn nasi panas, xperlu kuah, buh kicap ckit je kt nasi, n add ikan goreng, meletopsss....tq cmg share recipe ni, biase duk goreng n tabur bawang goreng n cili ja

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.