SAGO GULA MELAKA.....SEMUDAH A . B . C

rsz_sagoo_gula_melaka

Assalammualaikum, salam semua. Cuaca panas dan kering, dan banyak tempat di Johor juga telah melakukan catuan air. Kampung che mat masih ok lagi air paip walaupun agak kecil sedikit, alhamdulillah. Cuaca panas2 macam ni rasa nak makan sesuatu yang sejuk, dan nikmat di tekak. Kalau boleh nak buat yang mudah tapi sedap. Dan sago gula Melaka ialah jawapannya. Pada che mat ia satu resipi yang amat mudah, dan tak perlu banyak kerja. Senang cerita ia semudah A B C. Kenapa che mat kata macam tu, sebab anda hanya perlu beberapa bahan sahaja, sago biji (sago rumbia), santan pekat (atau anda boleh guna susu sejat) dan gula melaka yang dimasak denga gula pasir (kalau malas, boleh guna golden syrup, tapi kurang asli lah kan), sambil2 anda buat kerja dapur pun masih boleh buat...

rsz_sagoo_gula_melaka1
Anda boleh bentukkan guna acuan agar2 atau apa acuan yang anda suka, seelok2nya guna acuan2 yang bersaiz sederhana. Dan ia lebih nampak manis bila anda hidangkan nanti. Sesuai untuk majlis2 sebagai pencuci mulut dan ia nampak amat tradisi dan kemelayuan, che mat suka...ehemm... Kalau nak letak warna hijau pun boleh, nampak menarik juga. Tapi putih amat klasik dan boleh dihidangkan dalam apa2 jua bekas. Bagi anda yang baru berjinak2 ke dapur, resipi ini amat sesuai...nanti cuba ok...Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biji sago rumbia
300 ml santan pekat + sedikit garam, kacau rata
60 gram gula Melaka, potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago. 
  2. Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda (che mat guna acuan apam atau acuan agar2 berbentuk hati). Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit). 
  3. Keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk.....hmm tak cukup satu lahh.

Post a Comment

11 Comments

  1. Salam cm yg dihormati..hikhik..
    Ya allah cantiknya sagu bentuk live tu..bersinar mcm diamond..pendant rantai gayanya.. inilah sagu kegemaran kak ilah sekeluarga... sbb senang... tp kak ilah buat cara lain. Rendam seketika..toskan.. siram air panas gaul rata. Kepal bulat2 masuk dlm air mdidih. Dah timbul masukan dlm air sejuk. Lps tu baru makan, tp kak beri warna masa rendam..
    Sekian,...

    ReplyDelete
  2. Tak sampai hati nak makan bila tengok bentuk love tu...huhu

    Nak tumpang tanya...santan tu nak kena masak dulu ke tak ye che mat?

    ReplyDelete
  3. @Afiz Hj Aziz - Sebab che mat perah guna kelapa segar, che mat guna air masak. Kalau puan guna santan beli, seelok2nya masak sikit, tapi tak perlu sampai mendidih, suam2 dah ok.

    ReplyDelete
  4. My fav nih..br bbrape hari yg lepas post kat status fb nak mkn sagu gula melaka..tgk pulak nih betmbh2 tringin..sy dah follow blog nih..sudi2 lah follow sy smule..;)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Che Mat. Cantik sangat2 hidangan ni. Che Mat punyai gaya tersendiri.Che Mat insan seni diberi Allah.Syabas.

    ReplyDelete
  6. sedang mncuba ni che mat..last week dh cuba resepi lain..ni cuba resepi che mat plak..

    ReplyDelete
  7. Cik mat ! Mati2 saya ingat perhiasan. Hahaha

    Ikhlas,
    profhariz.com

    ReplyDelete
  8. Nyumm nyumm! Nak buatlah! Tq che mat sebab share resepi! ♡

    http://yourhealthshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Tumpang tanya...boleh tak ganti santan guna susu cair?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.