Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia. Untuk hari ke 3 dalam tahun 2014 ini, che mat sharekan resipi ringkas untuk orang2 bujang atau pun yang tak bujang. Tapi dengan syarat anda makan tauhu, taugeh dan kicap. Resipi memang amat2 mudah dan ini antara hidangan yang menjadi pilihan terutama dibulan Ramadan, semasa bersahur. Kanak2 juga menggermarinya. Kenapa che mat kata ini menu sesuai untuk orang bujang?..Selain cepat dimasak, belanjanya pun agak murah. Kalau anda masak yang ini, ada ikan goreng dan sambal belacan sudah cukup, atau anda hidangkan bersama bubur nasi, pun ok juga. Kalau ada kucai, anda boleh tambah untuk memberi aroma yang lagi harum. Che mat guna ikan bilis sebagai rencahnya. Jika suka pedas, anda boleh masukkan 3-4 biji cili padi yang diketuk, kan kita buat dia...betul tak?..
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping tauhu
100 gram taugeh, dibersihkan
1 batang leek, hiris serong dan rendam
2 camca besar ikan bilis, dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
5 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca teh kicap pekat JALEN
1/4 camca teh lada hitam serbuk, jika suka
CARA MEMBUATNYA :-)
- Tauhu dipotong 4 setiap 1, kemudian gaul dengan sedikit garam dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 2 camca besar. Goreng ikan bilis hingga perang, tolak ke tepi kuali. Tumis pula bawang putih, bawang besar, leek (toskan), cili merah dan cili hijau hingga layu. Gaul rata dengan ikan bilis.
- Masukkan kicap lemak manis dan kicap pekat. Kacau rata, tambah sedikit air (anggaran 1/4 cawan). Kacau rata. Masukkan tauhu goreng dan lada hitam serbuk, jika guna. Gaul rata dan tambah taugeh. Kacau pantas dan rasa jika ok boleh matikan api. Tak perlu masak lama bila anda masukkan taugeh. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng.
3 Comments
tauhu ni kadang2 goreng biasa pon dah licin..lagi2 ngan cicah sambal belacan..hehe lagi bujang trang tang2 pcm..haha
ReplyDeleteassalamualaikum cik mat...resepi simple tapi sedap...
ReplyDeletesaya suka tauhu goreng. Kalau buat tauhu sumbat goreng... perghhh.. mmg terbaik
ReplyDelete