BELIMBING BULUH TAUCHO..

rsz_belimbing_taucho
Musim pohon belimbing buluh berbuah sekarang ni, rasa che mat mungkin sebab musim panas dan kering. Saiz nya besar2 juga. Terfikir nak buat apa dengan belimbing buluh yang mula melacak jatuh ke tanah (tapi kan che mat rasa belimbing yang gugur tu jadi bahan baja semulajadi, ini kerana pokok yang tak pernah ditabur baja tapi menghasilkan buah yang lebat...syukur alhamdulillah). Resipi pembuka selera yang anda lihat ni che mat ambik dari buku masakan Chef Florence Tan, chef nyonya yang femes tu, Che mat rasa selesa dengan kebanyakkan resipi beliau, selain nampak asli, rasanya kena dengan tekak. Belimbing buluh taucho sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng. Kalau anda suka pedas boleh masukkan cili padi. Che mat guna cili merah hiris saja sebab nanti Bak boleh makan, kan dia tak tahan pedas. Resipi simple dan senang...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gm belimbing buluh
5 ulas bawang putih, tumbuk halus
2 camca besar taucho
1 biji cili merah, hiris halus
1 camca teh gula
1/2 cawan air
Garam jika perlu (che mat tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Belimbing dipotong, kemudian tumbuk sedikit (jangan sampai hancur, cuma memar2kan sahaja). Tapis dan perah sedikit jusnya. Ketepikan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan taucho hingga harum, masukkan belimbing. Kacau rata dan tuang air. Masak dengan api sederhana hingga pekat, masukkan gula, kacau dan rasa, jika perlu baru tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan cili merah hiris, gaul rata dan matikan api. Boleh hidangkan bersama nasi panas dan ikan atau ayam goreng....

Post a Comment

5 Comments

  1. Oh kena cubalah CM sebab kakak tak pernah buat ni. Rumah kg kakak banyak belimbing ini.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah! Sedapnya. Must try this at home!

    ReplyDelete
  3. olahan resepi yang membangkitkan selera... terbayang2 kesedapannya mat... ada stok belimbing nnt boleh cuba... tq sharing resepi chef tersohor..

    ReplyDelete
  4. baru jer dpt belimbing buluh td..ada org bg..sedapnyeeeee...

    ReplyDelete
  5. salam!!!memang tercari2 cara nak wat nih!!tnq che mat share resipi!!will try..sdp niii kan??

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.