Assalammualaikum, salam semua. Mungkin anda berada dikampung sekarang ni di merata2 negeri di Malaysia. Apa plan sempena Aidil Adha ini?...masak apa?.. Che mat masak yang biasa2 aje, lagi pun cuma raya haji, orang bercuti pun sehari saja di negeri Johor ni. Bercerita pasal masakan yang anda lihat tu, pasti ada yang tertanya, betul ke ini masakan Johor?...Ok macam ni lah. Masakan satu benda yang universal selagi ia halal. Pada che mat tak perlu lah anda rasa che mat agak 'kenegerian' sangat bila che mat sebut masakan Johor. Sebenarnya satu2 masakan itu boleh dikategorikan sebagai salah satu2 masakan sesebuah negeri ialah bila kebanyakkan mereka yang berasal dari negeri yang sama tau dan pernah makan masakan itu. Contoh kalau sebut asam pedas tetel...terus orang kata..ooooo itu femes di Melaka, dan secara tak langsung ia menjadi masakan negeri tersebut. Kata lah anda orang Kelantan, dan sebut sejenis makanan, contohnya 'pulut pagi'..pasti anda tau, kalau tanya orang Johor, mungkin ada yang tau dan sebaliknya. Jadi tak perlulah nak pening2 fikir, makanan mengerat hubungan kasih sayang. Kalau bola sepak boleh menyebabkan rusuhan...tapi tidak makanan. Tak kisah anda dari negeri mana sekali pun, tiada siapa melarang untuk anda mencubanya.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 genggam isi kupang, dibersihkan
1 kuntum bunga kantan, belah dua
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci dan celur hingga lembut, toskan. Cuci denga air sejuk, kemudian perah. Hiris sedikit dan masukkan ke dalam periuk bersama serai, bunga kantan, asam gelugor dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
- Tuang santan cair, jika kurang anda boleh tambah sedikit air. Kacau dan bila mendidih, masukkan kupang. Masak sekejap dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin @ ikan goreng.
3 Comments
kupang sambal pun sodap...
ReplyDeleteJeles betul bila che mat masak kupang..di johor mudah dpt kupang segar. Saya suka kupang tp agak pyh nk dapat..
ReplyDeletehaaa...sedapnya tu...kupang masak halia [edas pun sedap...walla... :)
ReplyDelete