Assalammualaikum, mood beraya lagi kan...mana2 yang dah mula bekerja, selamat bekerja, mana2 yang masih bercuti, selamat bercuti dan berhati2 di jalan raya. Hari ni seperti biasa, cm masak maggi kari yang tersenang dan tersedap sangat. Sejak2 makan lauk pauk hari raya aje, mula dah tekak ni rasa jemu dan cerewet. Hari ni ke pasar basah, topup apa yang patut, manalah tau kalau ada tetamu datang, sekurang2nya adalah benda yang nak dimasak. Seawal hari raya tu baru hari ni cm keluar rumah...jangan tak caya. Takpe lah, ibarat kata jiran cm, Ben, baru rasa hari raya....haha sabar je lahh aku. Ok lah resipi megi seperti berikut, kalau yang tak tau nak masak maggi, sila rujuk di bawah ni yea...hamboii ada yang gelak yeaa.....hehe..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus mi maggi kari, asingkan perencahnya
4 ekor udang saiz besar, dibersihkan
1 batang sosej Ayamas, kerat pendek dan potong seperti dalam gambar
2 pelepah sawi putih, siang berasingan
1 biji telur
3 cawan air
2 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 1/2 cawan air
Sedikit hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili merah/hijau, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan 1 camca besar minyak masak, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan air, kacau dan tambah perencah kari. Kacau dan biar mendidih. Masukkan telur dan masak dengan api kecil hingga telur mengeras.
- Masukkan udang dan sosej, tambah batang sawi, masak sekejap. Masukkan mi maggi dan biar mi lembut. Akhir sekali masukkan daun sawi, masak sekejap lagi dan jika suka kuah lebih boleh tambah sedikit air. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup, cili merah dan hijau sebelum dihidangkan....Sedap dimakan panas..
13 Comments
Salam Syawal, CM. :)
ReplyDelete"megi jer pun" JER? tp aduhaii... sedap tuh!! SHR CMG :)
ReplyDeletealamak sedapnyer... tiba2 teringat kat maggi..
ReplyDeletepaling sedap lagi simple bagi saya kan, mamee tomyam... keluarkan dari peket tros bubuh dlm mangkuk, carik2kan seaweed, pecahkan sebiji telur ayam (hati2 jgn pecahkan kuning telur), masukkan sesudu kecil minyak bijan... lepas tu, tuangkan air panas (betul2 panas) ke dlm mangkuk td dan tutup dgn piring selama 4 minit... siap, sedap lagi menyelerakan dan senang sekali, lebih sedap dari masak atas api... he3 ^^
ReplyDeletesodap aje..
ReplyDeletelayan maggi pun sedap lepas jemu layan ayam dan daging
ReplyDeletemegi memang sedap sepanjang masa..
ReplyDeleteSuke saya tengok setiap entri ni.. menarik masakannye.. Lepas ni mat gebu boleh masuk masterchef 3 pulak..
ReplyDeleteBoleh juga bila dah suntuk tak ada apa tetamu dtg jamu makan maggi macam ini kan.. sedap ni:)
ReplyDeleteCM punya maggi istimewa!! Sedap sgt nmpknya
ReplyDeletefuhhhh boleh buat untuk breakfast ni . sedap kata kau ! .hahaha
ReplyDeleteklu maggi meriah ngan bahan macam nie..tambah 2 3 pinggan pun no hal la
ReplyDeletetadi plan nak kuar makan beria2..lps tgk gambaq ni terus rasa nak makan maggi ja..
ReplyDeletesharahaila.blogspot.com