LEMAK PUTIH PUCUK TURI SIMPUL

rsz_lemak_putih_pucuk_turi_simpul
Assalammualaikum, salam Isnin. Entri hari ni cm mulakan dengan menu pilihan Bak. Masak lemak pucuk turi simpul, dan cm letak keledek sebagai bahan sampingannya. Ini satu masakan yang biasa bagi orang melayu dan boleh dikategorikan sebagai masakan kampung. Cm hanya guna pucuk daun turi yang muda. Satu kelebihan bila disimpul, ia lebih kemas dan daun tidak berterabur dalam kuah. Cuma masa makan tu mungkin sedikit leceh, tapi pada cm ia mendidik kita makan dengan lebih sabar. Masaknya agak mudah dan simple. Untuk perencah anda boleh guna udang kering atau ikan bilis. Tapi sebab Bak berpantang, cm ganti dengan 1 kiub pati ayam Maggi sahaja. Selain keledek, labu manis juga boleh digandingkan dalam masakan ini. Anda pernah lihat orang masukkan kacang hijau dalam lemak turi?.. Cm pernah nampak dan rasa dia pun sedap...Insha Allah ada masa nanti cm masak dengan kacang hijau pulak...Ok, siap2 tumbuk sambal belacan dan goreng ikan, lepas tu kita santap!.. Entri pilihan yang DTS di sini....Bukan cm cakap tapi tajuk dia memang macam tu..hehe

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun turi yang muda
1 biji keledek oren, saiz sederhana
1 kiub pati ayam
1 biji bawang  besar
4 ulas bawang putih
1 biji cili merah, hiris
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambik 3 - 4 tangkai daun turi muda, kemudian disimpul, buat hingga siap, cuci dan toskan. Keledek dikupas kulitnya, potong berbaji pada saiz sederhana, cuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Toskan keledek, masukkan ke dalam periuk bersama bawang besar, bawang putih dan santan cair. Tambah kiub pati ayam, kacau rata dan biar mendidih. Masak hingga keledek 1/2 empuk.
  3. Masukkan daun turi simpul, kacau rata dan tuang pati santan. Kacau perlahan dan masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga daun lembut dan keledek empuk. Akhir sekali tambah cili merah hiris, kaca dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda guna udang kering atau ikan bilis, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar. Boleh guna sebagai perencah dalam masakan di atas....Selamat Mencuba!!...

Post a Comment

6 Comments

  1. same mcm mak kite masak..simpul..letak keledek..sedapnyee..+ikan goreng+sambal blacan..nomnom

    ReplyDelete
  2. nyum...nyum... memang tambah berkali2 lah kalau makan nih.

    ReplyDelete
  3. Ya, Kak Sari pernah jumpa orang masukkan kacang hijau dalam sayur lemak pucuk turi.. alamak! Buat Kak Sari makin kecurrrrrrrrr..

    ReplyDelete
  4. sedapnyer...cecah sambal belacan pun lg sedap

    ReplyDelete
  5. Masak lemak turi kalau campur keledek memang ngam...

    ReplyDelete
  6. cm dapat pulak digandingkan dgn sambal gesek dan ikan masin goreng...tak toleh kiri kanan lagi dah heheh

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.