Assalammualaikum, lama juga cm tak mengolah produk My Chef, rindu pulak rasanya. Tapi tu lah, produk baru mereka masih belum cm jumpa lagi, mungkin di Giant ada. Kebetulan minggu lepas masa berbelanja barang dapur di MyDin Kulai, cm terpandang produk My Chef yang dijual dengan harga sama tapi dalam pek kembar, maksudnya beli satu free satu. Seperti anda tau porduk ini keluaran tempatan dan rasanya insha Allah menepati selera disamping berkualiti, pembuatannya menitik beratkan soal kesihatan, sebab itu kalau anda rasa, kemungkinan rasa masinnya agak kurang, itu tak jadi masalah, tambah saja garam, habis cerita. Ada pelbagai jenis keluaran produk My Chef sekarang ni, anda boleh singgah Page FB mereka di sini dan boleh bertanya apa2 soalan mengenai produk My Chef. Satu lagi, produk ini tanpa MSG, macam cm pernah cerita dulu...
Untuk percubaan kali ini cm guna Chicken Makhani signature dish Chef Liza Zainol, dan cm oter atau derhakakan menjadi quiche....ehh...boleh ke?...Op koss lah boleh kan kita buat dia. Nampak sedap tak?..Kebetulan masa cm buat ni, datang lah tetamu dari Batu Pahat, kawan pada abg cm, mereka suami isteri, dan cm keluarkan...hmmm dapat pujian okehh, inti tu sedap katanya (habis mereka makan)...Jadi kalau cm kata sedap, bukan lah saja nak masuk bakul sediri angkat, yea tak?..Satu lagi ia sesuai untuk majlis2 kecil, kalau anda rajin, buat dalam acuan comel2, lagi mengancam. Cm buat dalam acuan bersaiz 4 inci dan dapat 3 biji quiche...Resipi seperti berikut..
BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 kotak My Chef Chicken Makhani
1 biji cili merah saiz kecil, buang biji dan didadu
3 camca besar parutan keju mozarella
Sedikit herba oregano kering
2 biji telur gred A
4 camca besar whipping cream (atau boleh guna susu cair)
1/2 camca teh lada hitam serbuk (cm guna aji-shio)
BAHAN-BAHAN PASTRY :-)
300 gram tepung gandum
1/2 camca teh garam halus
120 gram mentega sejuk, didadu kecil
30 gram lemak sayur (shortening)
1 camca besar gula aising
4 - 5 camca besar air ais
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK PASTRY :- Ayak tepung ke dalam mangkuk, masukkan gula aising dan garam. Gaul rata. Tambah mentega dan lemak sayur. Gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul hingga menjadi doh yang tak melekat di mangkuk adunan (mungkin air tidak habis digunakan). Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik bersih dan simpan dalam peti sejuk 30 minit.
- UNTUK INTI :- Keluarkan bungkusan MyChef Chicken Makhani dari kotak. Masukkan ke dalam kuali (cm guna non stick pan), panaskan dengan api kecil hingga mendidih. Kacau dan terus memasak hingga pekat. Angkat dan sejukkan. Kemudian, pecah2kan sedikit isi ayam. Tak perlu hancur sangat, sekadar pecah2 sahaja. Masukkan cili merah yang didadu, gaul rata dan ketepikan.
- UNTUK CHICKEN MAKHANI QUICHE :- Keluarkan doh dari peti sejuk, biar sekejap, bahagi doh pada 4 - 5 bahagian, ambil satu bahagian, canai antara dua lapisan plastik bersih, setebal 0.3cm, alas kan pada acuan anda (kalau guna acuan besar, doh dibahagi dua bahagian sahaja). Kemaskan dan potong lebihan doh. Buah kaedah sama dengan acuan lain. Cucuk permukaan doh dengan garfu. Kemudian bakar kosong selama 15 minit pada suhu 190C (panaskan oven terlebih dahulu).
- Sementara itu, satukan telur, whipping cream dan serbuk lada hitam. Kacau rata dengan garfu. Ketepikan. Keluarkan kulit quiche dari oven. Isi kan dengan inti (inti anda bagi 3 dulu), tabur keju mozarella secukupnya pada setiap quiche. Tuang bancuhan telur hingga penuh.
- Tabur sedikit herba oregano kering dan bakar kembali 20 minit pada suhu 190C hingga permukaan quiche mengeras dan kekuningan. Keluarka dari oven, biar sekejap dan berhati2 tanggalkan quiche dari acuan. Boleh hidangkan..
1 Comments
ya allah... terliur betul deno....!
ReplyDelete