Surirumah...alaaa bukan ada kerja sangat cuma duduk rumah, lainlah suami, bekerja untuk tanggung nafkah anak bini...Dah itu tuntutan agama dan norma kehidupan didunia ini, tapi ada juga suri rumah yang bekerja. Menjadi surirumah bukan hanya satu tanggungjawab yang kaum hawa kena pikul sendirian, walaupun mudah untuk mendapat pahala percuma dengan keikhlasan kerje mereka lakukan. Mereka tetap insan biasa yang ada rasa penat, rasa kurang dihargai dan rasa terbeban, nak2 kalau suami kaki memerintah, dah lah tu cerewet nauzubillah...che mat tulis bukan nak backing sapa2, tapi ini dari pandangan cm sendiri, kalau tak suka..boleh abaikan atau singgah blog lain, tak pun anda boleh main game angry bird....

Kadang2 cm lihat, mereka bertungkus lumus melakukan kerja2 rutin harian, dengan anak, rumah dan memasak. Bila sebut memasak, selalunya selera isi rumah diutamakan, untuk menjaga hati orang2 tersayang. Pujian?..ada tu dari muda jadi surirumah sampai kerepot, satu patah haram pujian pun mereka tak pernah dengar, namun atas dasar tanggungjawab dan ketaatan, mereka abaikan, janji keluarga bahagia dan suami tak nikah lain (mudah2an). Berapa orang kat sini, bila siap makan, suami atau anak2 anda turut sama menolong, kemas meja makan, meletkkan pinggan dalam sinki, tolong cuci pinggan mangkuk, lap meja makan, sapu lantai dan lain2 lagi?..Mungkin dengan tahap kesedaran sekarang, mereka lebih ringan tangan membantu...alhamdulillah...jangan ringan tangan kat muka sudah lah...huhu..

Mesti ada yang heran, kenapa lah che mat tu, buat entri tah hapa2 memalam buta ni..Bukan macam tu, cm melakukan kerja2 rumah sudah berpuluh tahun, dan amat2 faham macam mana penat lelah wanita yang bergelar surirumah melakukannya, nak2 yang ada anak kecil dan bekerja dalam masa yang sama. Lagi besar tanggungjawab, kalau anak nakal, orang tak sebut nama bapak budak tu, selalunya orang akan sebut nama emaknya dulu, kesian kan. Janganlah anggap surirumah itu hanya "surirumah"..hargailah mereka sebagai seorang insan...Penat buat kerja2 rumah ni sebenarnya, serius, tak cakap bohong!.....Sekian terima kasih kerana sudi luangkan masa anda membaca entri ini...