Salam Jumaat, anda sehat?...Musim batuk, selsema dan demam sekarang ni. Bukan cm saja yang kurang sehat, tapi kebanyakkan kawan pun sama juga. Cm cuma selsema dan sakit tekak, tapi bila malam rasa seram sejuk. Itu dalam kategori kurang sehat lah kan. Hari ni cm buat sup ayam. Rasa tak jalan dah lauk2 yang bersantan atau bermiyak. Kalau boleh cm nak masak singgang ikan je. Sup ayam ni pun cm rebus saja dengan bahan2 rempah ratus. Tapi cm tak makan dengan nasi, guna mi laksa sebagai mi nya. Terpulang pada anda nak guna mi apa, mi hoon boleh, mi kuning boleh atau spaghetti/pasta semua boleh. Tapi yang betul2 bagi 'penendang' pada mi sup, tak lain tak bukan, sambal kicap...bagi orang2 Johor, kira benda wajib ada, bukan sunat lagi....Resipi mudah sangat dan cm tulis serba ringkas di bawah ini...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam (anggaran berat 600 gram)
1 sup bunjut tulang, Adabi
1 kiub ayam (optional)
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1 pokok kecil daun sup, potong kasar*
1 camca besar bawang goreng*
2 batang serai, diketuk*
4 biji kentang
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar, saiz sederhana
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar penuh lada hitam
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi laksa, direndam dan rebus hingga lembut, toskan (atau sebarang mi pilihn anda)
Tauhu, goreng dan hiris
Taughe secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas kulitnya, belah empat setiap satu, cuci dan rendam. Ketepikan.
- Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama bahan2 bertanda (*), kacau rata. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak hingga mendidih. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam). Kacau dan biar mendidih.
- Tambah sup bunjut, kiub ayam, daun sup yang dipotong kasar, bawang goreng dan kentang (toskan). Masak dengan api sederhana hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa dan jika perlu tambah air lagi. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Masukkan secukupnya mi ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah sup bersama isi2nya. Letak tauhu goreng, taugeh, hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama sambal kicap...Sedap dimakan panas...
8 Comments
mee sup la sedap
ReplyDeletenak2 time tonsil ni bengkak dek ter inhale chemical fume
perghh...
sdp ni. tgu somi ad bt.
ReplyDeletesemayang jumaat tak mat gebu?
ReplyDeletetak sihat cik mat.. selsema ke batuk?
ReplyDeletesemoga cepat sihat ye.. sedapnya mee sup dgn sambal kicap..
tak sihat cik mat.. selsema ke batuk?
ReplyDeletesemoga cepat sihat ye.. sedapnya mee sup dgn sambal kicap..
kesian, CM. Semoga cepat sembuh ya... minum air masak banyak ya..
ReplyDeleteSlm CM, sering melawat resipi CM, dapat buat untuk cucu-cucu yang selalu datang kerumah,tq, semuga CM dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dijauhi dari segala fitnah, AMIN...
ReplyDeleteSuka mee sup! hehe :)
ReplyDelete