AYAM MASAK MERAH BERMADU....ERR MADU?..

rsz_ayam_masak_merah_bermadu
Assalammualaikum, salam hujung minggu. Che Mat ni bz ke?, Blog pun macam dah nak tak nak jee...Hmm, nak kata tak bz tu tak boleh juga dan nak kata terlampau bz pun takde lah juga, yang sedang2 saja. Cuma sejak2 ni rasa boringnyaa nak berblog, tapi jauh dalam sudut hati tidak lah sampai nak tutup blog. Semalam cm menerima tetamu jadi terbz sikit. Untuk entri pertama, cm letak satu masakan yang senang dan disukai samada anak2 dan orang dewasa. Cm kena masak macam ni sebab bak tak boleh makan makanan laut takut sakit gout kembali, jadi memang kena berhati2 dalam pemakanan. Baki ayam yang cm masak untuk tetamu semalam ada lagi sikit dan untuk menghilangkan dari pandangan mata elok ku buat masak merah bermadu...errr...sebab campur madu, kenalah sebut bermadu. Cuma kaler dia tak jadi merah sangat....tapi tetap mengancam, yea tak?...Haha, ada yang siap angguk pala lagi, apa kata cuba dulu dan lepas tu baru boleh kata sedap ke tak. Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, potong kecil dan gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 batan serai, dititik
3 camca besar sos cili
1 camca besar tomato puree
5 camca besar sos cili
2 camca besar madu
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa (cm tak letak gula)
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras, hiris
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ayam tadi hingga masak, tak perlu sampai garing, kasi goreng embal2 sahaja (lembap2). Angkat dan toskan. Bawang besar belah 6 dan dileraikan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang dan serai titik hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga harum, tambah cili kisar dan tomato puree, masak sekejap. Masukkan sos cili, kacau dan tuang sedikit air. Masak sekejap.
  3. Tambah ayam dan gaul rata. Masukkan bawang besar dan madu, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit lagi gula jika perlu. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi minyak dan nasi putih..

Post a Comment

5 Comments

  1. xmerah sgt pun dah terliur kalau betul2 merah mau juling biji mate kan hehheheh terbaek lah CMG :)

    ReplyDelete
  2. kalau ayam masak merah mmng kegemaran anak2 akak, kena plk resepi letak madu mcm ni...menyelerakan..leh cuba lenkali...arini akak masak bayam bening,sambal belacan dngn kerisi goreng je...panas2 ni sedap layan bening2 che mat..lagipun tadi dah makan nasi minyak kat kenduri...
    (teringat asam pedas ayam yg sangat sedap semalam...mekasih ya..)

    ReplyDelete
  3. Apa ni madu-madu...suka sgt la tuuu... Mengancam ayam madu ko ni Mat, terasa2 jek kat tekak...masak lebih x tu...

    ReplyDelete
  4. harini sy masak ayam masak merah jgak. tp xde letak madu camni.
    lain kali boleh try ni. ;)

    http://ninimohd.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, resepi yang sangat menarik. Btw,saya ni orang baru di sini. Ada masa nanti boleh singgah2 lawat blog saya ye. Kalau boleh follow sekali saya akan follow balik :) Terima Kasih banyk2 :)
    http://zaidipargo94.blogspot.com/

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.