ASAM PEDAS IKAN TERUBOK..

rsz_asam_pedas_ikan_terubok
Asam pedas ikan terubok, satu lagi masakan yang boleh dikatakan femes di Negeri Johor dan mungkin negeri2 lain juga. Ikan terubok boleh dikatakan sejenis ikan yang agak cerewet untuk dimakan kerana tulang2nya yang banyak dan halus. Berbanding dengan ikan parang, tulang ikan terubok lagi "seni". Asam pedas ikan terubok menjadi pilihan Bak kali ini, dan memandangkan bak masih dalam tempoh berpantang, jadi cm kena masak asam pedas versi orang pantang, dan kena abaikan beberapa bahan yang selalu cm guna.  Selain dimasak asam pedas, ikan terubok juga sedap dipanggang dan makan sama sambal air asam atau sambal kicap. Orang peranakan baba nyonya juga ada satu resipi yang menggunakan ikan terobok ikan disiang dan cuci bersih, tak perlu buang sisiknya. Sapu dengan sedikit kunyit dan garam, balut dengan daun pandan dan goreng hingga garing. Hidangkan segera, sisik ikan terubok tadi sedap sangat dimakan dan rasa seakan2 kacang, tapi dengan syarat ke dimakan selagi panas..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1  ekor ikan terubok segar (saiz sederhana)
3 kelopak sawi jeruk, potong kasar dan rendam
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 camca teh pas asam jawa
1 1/2 senduk nasi cili kisar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
20 biji lada hitam
1 kiub ayam (boleh ganti dengan kiub ikan bilis)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibuang sisik, siang dan kerat 3 bahagian. Cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan. Sawi jeruk dihiris kasar, dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harun, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air (anggaran 3 cawan), biar mendidih.
  3. Masukkan sawi jeruk (toskan), bunga kantan dan ikan terubok tadi. Biar mendidih hingga ikan masak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain...

Post a Comment

4 Comments

  1. Slm CMG,

    Terubuk lumur garam kunyit pastu goreng garing xsempat nk balut2 daun pandan pun kita sukeee... nk mkn cicah air asam. Perghhh

    ReplyDelete
  2. terubuk panggang dan cicah air asam..waaa..letak cili api lebih+ belacan+bawang+tomato.. Esok nak beli ikan terubuk.Lepas ni akan berulang lagi peristiwa "UNTUNGLAH MAT GEBU... sehari 4 kali bini i ni sebut nama dia..." itulah kata cik suami... nak tergelak saya. Hahahahahaaaaa Tak tahan... rupa-rupanya....
    Wahai masyarakat KAMPUNG MARI MASAK MARI MAKAN.."

    ReplyDelete
  3. Wahhh, asam pedas memang feberet kita ni!! Maklumlah orang Johor :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.