ASAM PEDAS IKAN MERAH....

rsz_asam_pedas_ikan_merah
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni cm beli ikan merah, bukan seekor tapi 2 keping sahaja. Tapi agak besar saiznya 2 keping tu pun dah 1 kati (600 gram). Oleh kerana saiz agak besar, cm kerat 2 setiap sekeping. Tanya juga bonda, nak masak apa dengan ikan merah ni, dan seperti cm jangka asam pedas menjadi pilihan. Cm sendiri rasa betul2 malas dah nak masukkan entri asam pedas, sebab dah terlampau kerap sangat. Balik2 asam pedas...betul tak?...Haipp, ada juga yang angguk pala tuu...sabar je lah..Sebenarnya asam pedas punya rasa yang berbeza mengikut jenis ikan yang anda masak walaupun dari segi penggunaan rempah ratusnya sama. Apa2 pun kesegaran ikan dan bahan2 mentah menjadi faktor penting kesedapan asam pedas. Resipi boleh dikatakan hampir sama dengan yang lepas2....Kalau anda rasa malas nak cari, cm tuliskan sekali lagi di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 potongan isi ikan merah (kurang lebih 600 gram), cuci bersih dan toskan
12 batang bendi kontot
1 biji tomato belah 6
3/4 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
1 kiub ikan bilis (optional)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1/2 camca besar lada hitam biji
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air  (anggarn 3 cawan). Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan bunga kantan, kiub ikan bilis dan ikan. Kemudian tambah bendi dan jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak hingga bendi lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan belahan tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain..

Post a Comment

8 Comments

  1. Salam cm...kesukaan sepanjang masa ni...:-D

    ReplyDelete
  2. Salam CM, tulunnn...nak tumpang tanya ni...minyak untuk menumis tu sebanyak mana ek? Selalunya kuah mesti berminyak dan agak muak bila makan...kalo taruk sikit kang takut x cantek plak tumisan..huhu... (-______-)

    ReplyDelete
  3. @ sufi Al-Arshady - cm sarankan biar anda tumis dengan lebih sedikit minyak. Bila bahan2 dah garing, anda keluarkan minyak yang berlebihan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok paham...timekasih CM selalu jwb soklan saya. Hepi cooking.. :-)

      Delete
  4. Ermmmmm mmg pebret utama biler dgr dah terliur tgk gambar rasa nk pitam adehhh...

    ReplyDelete
  5. Hari ni nak try asam pedas ni...harap2 menjadi....

    ReplyDelete
  6. Kenapa everytime saya buat asam pedas akan rupa die mcm asam rebus? Kurang minyak masa menumis or kurang masa menumis..?

    ReplyDelete
  7. asam pedas mat gebu memang terbaik👍🏽👍🏽

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.