LEMPENG GULUNG TELUR DADAR..

rsz_lempeng_gulung_telur

Malam semua, nampak gambar yang ala2 misteri tu?..Tataulah kenapa hari ni banyak sangat benda yang menghalang cm untuk ambik gambar, dah hampir senja baru dapat ambik gambar, hmm tak berapa nak puas hati sangat. Nak tulis entri juga sama, ada saja yang perlu dibereskan, geramm..huhu, sabar je lah. Mood dah mula nak hangin tadi, tapi fikir2 balik hangin pun apa guna, buat tambah stress dan naik darah saja. Sebab cm ada masak kari, jadi petang tadi cm buat lempeng. Lempang biasa saja, lempeng pekak. Tapi untuk tidak nampak pekak sangat, cm dadar telur, buat nipis2 dan gulung dengan itu lempeng. Lepas tu kasi potong dan cucuk dengan lidi tajam....

rsz_lempeng_gulung_telur1

Tapi cm buat tak banyak, dalam 3 keping lempeng saja yang bergulung dengan telur. Adunan yang cm akan tulis nanti akan dapat kurang lebih 10 - 12 keping, bergantung pada saiz pan yang anda guna, macam cm guna non-stick pan saiz 11 inci kurang lebih. Kalau nak buat sikit, pandai2 lah oter, buat setengah adunan. Telur pulak cm guna 2 biji saiz besar dan buat 3 keping telur dadar nipis. Campur sedikit susu segar dalam telur tadi. Kita lihat resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 camca teh baking powder
Garam secukup rasa
3 cawan air (kurang lebih)
2 biji telur gred A*
1 camca besar susu segar*
Sedikit serbuk lada hitam*
Sedikit garam*

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, baking powder dan kacau rata, tambah telur dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk. Tambah sedikit garam, kacau lagi hingga rata. Kemudian tapis adunan tadi. Rehatkan sekejap.
  2. Panaskan non-stick pan, sapu sedikit minyak makan, tuang sesenduk bancuhan lempeng, lenggangkan pan sehingga adunan menjadi lempeng yang nipis, masak hingga permukaan lempeng pucat, sapu sedikit minyak kemudian terbalikkan. Masak sekejap lagi dan boleh diangkat. Buat kaedah sama dengan baki adunan. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan2 bertanda (*), kacau rata. Buat 3 keping telur dadar yang nipis, guna api kecil. Lapiskan telur dadar tadi atas sekeping lemping, gulung kemas. Potong dan cucuk dengan lidi tajam. Hidangkan bersama kuah kari atau sos kegemaran anda...

Post a Comment

9 Comments

  1. mati mati ingat laksam tadi. hahaha!

    ReplyDelete
  2. dah tak nampak kepekakan lempeng ni, terbaiklah CM!! Makan ngan kari ayam tu kan, mesti best!!!

    ReplyDelete
  3. cmg bape biji nak pakai telor...tu ade tulis 2x...

    ReplyDelete
  4. geramnya... tengok lempeng tuh gulung2... comel jer nak mkn... hik3

    ReplyDelete
  5. Mat, nampak mcm ko tulis ayat tu dah jadi "lempang" bukan lempeng dah...hahahahhaa...adei sabor je laa..ni mesti pasal x ajak akak makan sama....hehe

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.