IKAN KUKUS...HIDANGAN SIHAT..

rsz_ikan_kukus
Lama tak buat ikan kukus, jadi hari ni jomm kita buat ikan kukus. Susah sangat nak buat ikan kukus ni, 4 hari 4 malam baru siap....loo ada yang percaya ke?.. Takde lah mat tipu je, sebab ikan kukus antara hidangan yang cepat disiapkan dan juga dalam kategori makanan sihat walafiat. Sedap dimakan panas, maksudnya lepas kukus, terus hidangkan dimeja makan. Lagi pun masa mengukus bukan lah lama sangat kurang lebih 10 minit sah masak, tapi bergantung pada saiz ikan yang anda guna. Macam mat guna potongan ikan ketarap yang mat asingkan 2 keping untuk dikukus. Selain ikan ketarap, ikan siakap juga sedap dikukus macam ni. Kalau takde sangat, belasah ikan kembong je, tapi rasa tu sah2 lah tak sama. Dah bersedia, jommm...sapa2 pun boleh buat, janji bahan2 mentahnya ada..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping isi ikan ketarap @ parrot fish atau ikan pilihan anda (pastikan yang berdaging putih)*
Sedikit serbuk lada sulah*
Sedikit garam*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 inci halia, mayang halus
1/2 batang saleri, hiris
4 - 5 kuntum cendawan shitake segar, belah 2 setiap 1
3 biji bawang merah, cincang halus #
1 ulas bawang putih, cincang halus#
4 biji cili padi merah, cincang halus#
2 biji cili padi hijau, cincang halus#
1 batang serai, bahagian putih sahaja, cincang halus#
2 tangkai daun ketumbar, cincang halus#
2 camca besar sos ikan#
3/4 camca besar gula#
1/2 camca teh minyak bijan#
2 biji limau kasturi, perah jusnya#

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh semua bahan yang bertanda (#) dalam satu bekas, kacau rata. Sementara itu panaskan kukus. Letak isi ikan tadi dalam bekas tahan panas. Curahkan bahan yang disatukan tadi rata2 pada ikan. Biar sekejap.
  2. Letak hirisan halia, cendawan dan juga saleri atas ikan tadi, ratakan. Kukus dengan api besar selama 10 minit, hias dengan daun ketumbar dan hidangkan sejurus dimasak. Sedap dimakan panas...

Post a Comment

8 Comments

  1. che mat, pic amik bawah tingkap grill ker? cerah semacam aje...hehhee..sorry eh gurau2..anyway pic simple mcm ni pun cantik dari pic yg mengunakan props yg melampau2 (terlalu byk) sampaikan nampak semak aje.

    ReplyDelete
  2. terus lapar jadinye tgok ikan cikmat nehh

    ReplyDelete
  3. suka sangat ikan stim..selalu siakap je la jadi mangsa nya...

    eh tadi nampak mak beli ikan siakap harap2 mak stim la...

    ReplyDelete
  4. yummy....alamak teringin la plak....huuhu..sahih pasni pun kena wat gak

    ReplyDelete
  5. semalam kite makan pun makan ikan kukus, nyonya staillll..... nyemmmmmm~

    ReplyDelete
  6. ada orang tak suka ikan kukus atau rebus..
    kalau tak garing tak makan la ikan tu..heheh

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.