SAMBAL HIJAU KUPANG DENGAN PETAI

rsz_dsc_9314
Assalammualaikum, salam Ahad. Hujung2 minggu macam ni selalunya masa bersama keluarga dan ada yang masak istimewa untuk orang2 tersayang. Walau apa pun aktiviti anda biarlah ia sesuatu yang boleh mengeratkan hubungan sesama keluarga atau teman2. Entri pertama hari ni mat nak kongsi satu resipi mudah dan cepat dimasak. Nampak pedas tapi memang pedas, cuma anda boleh kurangkan bilangan cili padi. Selain cili padi, mat guna juga cili hijau. Nampak macam ada kupang, eh memang kupang...hehe, selain kupang anda boleh saja guna udang atau ikan bilis. Nak cuba dengan sotong pun ok rasanya. Petai tu optional, tak letak pun takpe. Untuk sambal hijau ini, mat tak guna asam jawa tapi gantikan dengan asam keping atau asam gelugor. Kalau nak nampak authentic, anda boleh tumbuk dengan lesung batu bahan2 rencah, kalau taknak, kasi kisar dalam blender pun ok....Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram isi kupang segar yang telah dibersihkan
2 papan petai, ambil isinya
2 keping asam gelugor (kalau besar guna 1 saja)
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap, tos dan tumbuk hancur
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili hijau
1/3 cawan cili padi hijau
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar halus dan ikan bilis tumbuk, tumis hingga pecah minyak. Masukkan asam gelugor dan sedikit air. Kacau rata dan tambah petai, masak sekejap hingga pekat, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tambah kupang dan gaul rata. Masak hingga sedikit kering. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Jika suka anda boleh juga tambah sedikit serbuk perasa dan kalau dah letak serbuk perasa, itu gula tak payah pun takpe. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Post a Comment

5 Comments

  1. slm cmg. eheh.. sama la menu kite hr ni. tp sya guna ikan crmin. .pergh. mkn tak hengat tau kalu ada lauk ni...silap2 leh gedebus bdan..hehehe

    ReplyDelete
  2. slm cmg. eheh.. sama la menu kite hr ni. tp sya guna ikan crmin. .pergh. mkn tak hengat tau kalu ada lauk ni...silap2 leh gedebus bdan..hehehe

    ReplyDelete
  3. salam mat... sejak aku ngandungkan dania aku suker gler gler dgn kupang segor... baru2 nih aku bli la 2kilo. nak wat kupang rebus jer.. aku pon melantak la sorang2 kupang dua kilo tuh.. dah org lain tak suka, aku tamak haloba la kan.. lepas tuh... haaa ko sambung karangan bercerita aku tuh.. hahahahaha

    ReplyDelete
  4. tak pernah try lagi menu ni..hehe;)
    nanti nak cuba^^

    ReplyDelete
  5. hobi baru teman, menyalin resipi dari blog chef

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.