Roti....roti...roti...makanan kegemaran rakyat Malaysia, macam kek tapi lain, boleh dipelbagaikan dan juga berkhasiat untuk tubuh badan. Kalau mat tak tulis entri ni pun takpe sebenarnya. Bila nampak roti kat dalam gambar tu, semua mesti dah boleh agak...Tu mestu tuna roll yang mat gebu suka sangat membuatnya. Tapi entahlah mat memang suka buat Tuna Roll, dan dengan adunan doh yang sama dan sedikit penyesuaian bahan2 kita boleh jadikan cinnamon roll pulak...uikk macam nak makan cinnamon roll pulak dah...haishhh si mat tu, kalah pembawak budak gamaknya. Ini bukan lah mat buat hari ni, tapi ini yang mat buat Khamis lepas. Saja buat sebagai buah tangan untuk Kak Ida bawa pulang. Resipi tak banyak berubah dari resipi2 terdahulu, cuma yang ini mat tambah parutan keju. Resipi ini menghasilkan 10 biji roti (mat guna paper cup saiz 4 inci), tapi kalau anda nak buat saiz kecil2, bijak2 lah mengagihkannya. Resipi seperti dibawah.
BAHAN-BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan
Parutan keju cheddar secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
- UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan dan tabur juga parutan keju (tinggalkan sedikit untuk ditabur nanti). Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
- Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai), parutan keju cheddar dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..
7 Comments
Salam mat, apa khabar?
ReplyDeleteLama tak menggodek roti moti ni..paling paling pun yang guna ibu roti kuih bom akak hehe....
Insyallah kak nani pulak cuba resepi mat.
Salam ukhwah....
@ nani rostam - salam kak nani, sehat seadanya. Esok saya nak masak asam pedas kak nani tu... ^____*
ReplyDeletesalam mat,
ReplyDeleteroti mat ni memang sedap...kalau hb kkida kata sedap maknanya memang sedap...dia tukang test...:)
bila mat nak buat pie pula...kkida nak tengok pie mat gebu...
Mat Gebu @ itu tuna cheese roll so tempted and look delicious. Anyway I am following you.
ReplyDeleteCheers,
Tina
www.mylittlewing12.com
As salam En Mat. Teringin lah pulak nak buat roti ni. Kalau nak cari pelbagai jenis resepi, tentuya sumber yg sesuai ialah DTS. Terima kasih atas semua resepi yg dikongsikan dg gambar gambar yg cantik.
ReplyDelete@ kkida - insya Allah kak, dalam masa terdekat ni.... ^__^
ReplyDelete@ Hartina Arssid - thank you for dropping by...
@ Azie - terima kasih...kita sama2 bertukar2 idea..
Laporan laporan. Tuna roll dah siap. Sedap sangat sangat. Jemput tengok dan komen
ReplyDelete