rsz_dsc_7495

Petang semua, lama juga mat tak buat kuih lapis kan. Semalam mat rajin2kan diri walaupun mood ke longkang. Tapi tu lah, jiwa kita tak tenteram, banyak masalah akan berlaku, mat macam dah frust pasal kuih ni, macam nak buang saja adunan tu. Hmmmm, sepatutnya adunan ini untuk tin 9inci x 9 inci x 3 inci, tapi mat buat dalam loyang bulat berukuran 9 inci!!...huhu, dah lah tu, santan yang mat nak guna untuk adunan kuih ni tah macam mana boleh TER buang....grrrr....mana tak geram, rasa malas dah..tapi fikir balik, pekara2 macam tu akan membuatkan kita hilang tumpuan dan lemah. Takpe lah, mat cari santan kotak dan mat guna saja sebagai ganti santan segar tu. Menjadi lah juga, tapi kalau kuih2 macam ni atau talam dan sebagainya, mat lagi suka guna santan segar dari kelapa yang kita parut sendiri....

rsz_dsc_7522
Bila dah buat lambat, siap pun lewat, malam tadi mat dah ambik gambar, tapi tak berapa nak cun lah, jadi pagi ni mat ambik lagi sekali (kuih tu dah siap2 simpan dalam peti sejuk). Mat terap lah guna acuan tart bentuk chenta, acuan lama dari tembaga dan ada kayu sebagai alat penolak tu..Mat sapu sedikit bahagian dalam penerap dengan minyak, dan baru kita terap, kalau tak sapu dikhuatiri akan melekat pulak kan. Untuk kali ni mat guna warna merah, hijau dan kuning, hijau tu perisa pandan, merah pulak rose dan kuning plain saja. Mat pernah buat sekali dulu. Satu lagi mat kukus guna kukus elektrik, kalau anda nak guna kukus biasa dan ada kemungkinan tak muat loyang anda boleh guna loyang yang lebih kecil dan untuk resipi anda boleh lah buat 1/2 adunan...Boleh tak?....faham?...Ok bagusss....kita semak resipi pulak yea...

BAHAN-BAHAN  A :-)
250 gram tepung beras (cap teratai)
30 gram tepung ubi kayu
1 liter santan
1/2 camca teh garam

BAHAN-BAHAN B :-)
250 gram gula pasir
200 ml air
2 helai daun pandan, disimpul

BAHAN-BAHAN C :-)
Pewarna makanan hijau - paste pandan
Pewarna makanan merah - esen rose
Pewarna makanan kuning - plain
Sedikit lagi pewarna makanan merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan B, masak hingga mendidih dan gula larut. Tapis dan sejukkan. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan A, kacau rata dan tuang air gula yang telah sejuk tadi. Kacau rata2 dan tapis.
  2. Bagi kepada 3 bahagian sama banyak. 1 bahagian letak paste pandan, kacau rata. 1 bahagian lagi letak pewarna merah dan sedikit esen rose, kacau rata. 1 bahagian lagi letak warna kuning, kacau rata. Ketepikan.
  3. Alas tin 4 segi berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak. Panaskan kukusan (mat guna kukus letrik). Setiap adunan yang telah diletak warna dan perisa tadi dibahagi dua. Tuang 1/2 bahagian kaler kuning, kukus 6 - 7 minit, hingga permukaan nya kering sedikit. Kemudian tuang 1/2 bagahian hijau (pandan) dan kukus lagi 6 - 7 minit atau hingga masak, dan diikuti 1/2 bahagiam adunan merah (rose). Kukus lagi 6 - 7 minit atau hingga masak.
  4. Lakukan proses yang sama untuk baki adunan dan hingga yang lapisa terakhir iaitu merah, anda tambah sedikit lagi pewarna merah, kacau rata dan tuang. Kukus 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, sejukkan sebelum dipotong. 
CATATAN MAT GEBU :- Pastikan anda kacau setiap bancuhan kuih lapis sebelum dituang ke dalam loyang. Akan menghasilkan 6 lapisan kuih iaitu, kuning - hijau - merah - kuning - hijau - merah pekat (sebab lapisan akhir tadi kan dah ditambah sedikit warna merah). Satu hal lagi, mat tutup permukaan tin tadi guna aluminium foil, tak payah ikat, cuma tutup permukaan dia saja. Selamat mencuba!!.