TAUHU SINGAPURA DAN DAGING KICAP HALIA..

rsz_dsc_9237
Salam semua, selamat berhujung minggu. Ok kali ni mat letak 2 lagi apa yang mat masak semalam masa menerima kunjungan tetamu. Mat tak sempat nak buat kek dan sebagainya, sebab keadaan tak mengizin kan sangat. Perasan tauhu Singapura atas tu, hmmm ada ceritanya yang buat mat gerammm. Malam tu mat goreng kacang tanah dalam non-stick pan. Sambil2 cuci ayam. Sekali kacang tu macam terhangus sikit, tapi dibeberapa bahagian, lepas mat kisar, kaler dia tak berapa nak lawa, bonda pun kata sama, macam gelap sikit dan bila mat dah buat kuah kacang, rasa dia masih ok cuma, warna sungguh tak menarik. Huhu..geramm lah, bila kita memasak dan hasil nya agak biasa2 saja secara tak langsung dia akan menjatuhkan reputasi kita sebagai blogger masakan..huhu

rsz_dsc_9249
Dan yang ini mat cuma masak daging kicap halia, kebetulan daging korban masih berbaki, jadi boleh masak sebagai menambah menu. Ianya mudah saja, bergantung pada jenis daging, kalau dapat daging batang pinang mudah lah kerja. Kalau daging biasa kena lah hiris dan rebus hingga empuk, mat selalu guna periuk tekanan untuk merebus, selain jimat masa, ia juga memudahkan pekerjaan kita. Kalau daging mengambil masa 15 minit sahaja untuk lembut. Kemudian anda boleh lah masak ikut resipi yang anda ingin kan. Kalau masak kari, tak payah rebus dulu, anda terus tumis rempah ratus dia semua dalam periuk tekanan, masukkan daging, masak hingga kecut, tuang santan cair atau air dan masak seperti yang disyorkan. Kemudian anda salin dalam periuk biasa, baru letak kentang dan santan atau pati santan, asam dan garam. Ok kita semak resipi pulak, sebelum tu blog pilihan DTS hari ni ---> disini..

TAUHU SINGAPURA....

BAHAN KUAH KACANG :-)
250 gram kacang tanah, goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk hancur
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
10 biji cili padi @ 2 biji cili merah*
1/2 inci belacan*(*kisar halus)
1/3 cawan air asam jawa
Air masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar kicap pekat

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Tauhu, digoreng dan potong
Taugeh, buang ekor, celur dan toskan
Timun, diracik halus
Sengkuang, diracik halus
Hirisan cili padi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh semua bahan2 untuk kuah kacang kecuali garam, gula dan air masak. Kacau rata dan tambah air mengikut kepekatan yang anda hajati. Tambah gula secukup rasa (selalunya manis sedikit) dan sedikit garam. Kacau rata dan ketepikan.
  2. PENYEDIAAN :- Alas pinggan dengan daun salad, susun tauhu dan letak hirisan sengkuang, timun dan taughe, curah kuah kacang atasnya, hias dengan hirisan cili padi. Hidangkan segera.


DAGING KICAP HALIA....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging, hiris nipis cuci, tos dan rebus empuk (kalau daging batang pinang tak payah rebus)
2 inci halia. cincang halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar hiris kasar
1/3 cawan kicap manis
2 camca besar kicap pekat
1 camca besar sos lada hitam
Kicap cair, jika perlu
2 batang leek, kerat dan rendam
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*(*bahan tumis)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis, halia cincang dan bawang putih, tumis hingga harum. Masukkan daging, kacau rata dan goreng sekejap. Tuang kicap pekat, kicap manis dan sos lada hitam. Gaul rata dan masak sekejap hingga pekat.
  2. Masukkan hirisan bawang besar, leek dan cili merah/cili hijau. Gaul rata dan biar hingga bawang layu, rasa dan jika perlu tambah kicap cair. Kacau dan biar sekejap. Matikan api dan alih dalam bekas sesuai. Hidangkan..

Post a Comment

4 Comments

  1. resipe tauhu tu menarik la CMG...teringin nak cuba.terima kasih ye.

    ReplyDelete
  2. @ LM - sama2....sini hujan, rasa nak lena kan mata jeee..huhu

    ReplyDelete
  3. wahh...apa yg CMG masak semuanya sedap2..:)

    ReplyDelete
  4. kicap halia ni kalau dapat masak pedas2 makan ngan ansik lembut dan panas memang sedap....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.