Salam semua, malam ni mat letak lah juga entri masak2. Tapi sebelum tu ini memang entri biasa2. Mat masak masa tetamu datang tadi. Yang atas tu gulai ayam berserai lebih kurang masak lemak cili padi saja, tapi mat titik kan serai lebih kurang 7 batang, banyak juga kan. Mat letak kentang sebagai bahan sampingan. Kentang juga mempunyai satu fungsi menyerap rasa masin dalam masakan gulai, jadi jika anda termasin dan nak tambah kuah rasa tak sesuai takut jadi lautan, anda boleh letak kentang...petua ni meluas digunapakai, kira petua sejak sekian lama dulu. Masakan ini lebih sedap jika guna ayam kampung, tapi mat guna ayam pencen. Masak dalam periuk tekanan terus, jimat masa pun yea juga. Bagi yang tak makan ayam pencen, anda guna ayam kampung (tapi ayam kampung sekarang pun dah tak asli macam ayam kampung dulu..betul tak?).
Yang ni pulak lagi lah semua orang tau, tumis kacang buncis, mat letak udang dan soo hoon. Kacang buncis rasa dia lebih manis dari kacang panjang dan waktu memasaknya juga agak singkat. Rasanya manis. Perihal soo hoon pulak, kalau anda goreng sayur, contoh kobis dan kacang panjang dan terlebih kuah. Nak masak sampai kering, nanti sayur jadi layu sangat, kaedah tersenang letak sedikit soo hoon yang telah dikerat pendek, cuci sikit dan terus letak dalam sayur tadi, gaul rata dan masak dengan api kecil hingga semua soo hoon lembut dan kuah terserap.... Mat tulis cuma cadangan, jika anda rasa ok dan sesuai, nak mencuba syukur alhamulillah, dan jika tak, mat masih mengucap syukur juga kerana anda sudi membaca..... Kita semak resipi pulak...
GULAI AYAM BERSERAI....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung (@ ayam pencen) 1.2 kg, dipotong, cuci bersih dan toskan
5 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
7 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
1.2 liter santan cair
400 ml pati santan
Air panas secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi hijau, jenis kampung
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
TUMIS KACANG BUNCIS....
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kacang buncis
20 ekor udang saiz sederhana, buang kulit, cuci dan toskan
1 bii bawang besar, hiris
5 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
GULAI AYAM BERSERAI....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung (@ ayam pencen) 1.2 kg, dipotong, cuci bersih dan toskan
5 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
7 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
1.2 liter santan cair
400 ml pati santan
Air panas secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi hijau, jenis kampung
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan ayam, serai titik dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Kemudian sederhanakan api dan masak hingga ayam empuk, jika masih liat, tambah air panas secukupnya.
- Bila ayam empuk, masukkan kentang (toskan), biar kentang empuk sedikit, tambah asam gelugor dan tuang santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain......
TUMIS KACANG BUNCIS....
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kacang buncis
20 ekor udang saiz sederhana, buang kulit, cuci dan toskan
1 bii bawang besar, hiris
5 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
- Kacang buncis dicuci, toskan dan hiris serong, buat hingga siap. Udang dikupas kulit, cuci bersih dan perap dengan sedikit garam dan gula. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, tambah sos tiram dan kacau lagi. Masukkan udang dan juga sedikit air, kacau dan biar udang masak (hingga bertukar warna).
- Masukkan kacang buncis, gaul pantas dan besarkan api. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan soo hoon, gaul rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas2...
2 Comments
suka2...dpt idea nak masak apa esok! heheheheeee
ReplyDeleteyang part soo hoon tu memang betul, mak shima selalu pesan kalau masak sayur yang kering2 mcm tu letak soo hoon.x takdelah sayur tu nmpk layu sangat.
ReplyDelete