NASI GORENG CENCALOK BERPETAI..

rsz_dsc_9988
Salam pagi Jumaat semua, dah sarapan?. Mat pagi ni goreng nasi. Biasalah yang mudah2 dan dari membazir, elok kita jadikan pada sesuatu yang lebih menarik. Kali ni mat campur cencalok, tapi cencalok tu anda cuci sikit bagi mengelakkan rasa masin terlampau nanti. Selain tu mat guna juga sambal belacan cili padi. Nak lagi memengsankan tambah pulak petai, tapi part petai tu sapa yang takmo boleh abaikan, tak payah letak. Ada udang, mat letak juga, nak tambah sotong pun boleh ikut citarasa masing2. Nasi goreng satu sajian terkenal di asia ni, sebab nasi tu kan makanan ruji orang2 asia. Kalau anda suka pedas boleh tambah hirisan cili padi. Sebab mat guna sambal belacan cili padi, jadi terasa pedasnya. Tapi mat masih ulamkan dengan cili hijau sebagai ulam. Sebelum makan perah sedikit limau kasturi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1 1/2 camca besar cencalok, cuci sedikit dan toskan
1 papan petai, ambil isinya
3/4 camca besar sambal belacan
2 kelopak kobis bulat, hiris kecil
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus
10 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
2 biji telur, dipukul sedikit
Sos ikan secukupnya(jika perlu)
Hirisan daun kucai, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
Cili hijau, sebagai ulam (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serai dan sambal belacan hingga harum. Masukkan udang, petai dan kobis, kacau rata dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, biar telur mengeras sedikit, hancurkan. Gaul rata.
  2. Masukkan nasi dan gaul rata. Masak sekejap dan rasa, jika kurang masin, masukkan sedikit sos ikan. Kacau dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kucai dan hias dengan limau kasturi dan cili hijau. Hidangkan.

Post a Comment

7 Comments

  1. wow..nasik goreng ada petai..akk ske petai :)

    ReplyDelete
  2. asiknya..ada nasi goreng berpetai disini....enak..yummy yummy...

    ReplyDelete
  3. cincaluk? sambal belacan ? dan ada petai? unik la nasi goreng ni cik mat.

    ReplyDelete
  4. Pergh! Nasi goreng petai = my feberet! Tapi tak pernah lak merasa yang ditambah cencalok. Mesti sedap giler nih! Nyum nyum!


    Terbaru dari Logokoko:

    [10PG] Kenapa b*bi yang menjadi mangsa?

    [U] Promosi Hebat! Jimat RM0.00!

    [18SX] Telurnya mana?

    ReplyDelete
  5. nasi goreng cencalok pernah buat tp tmbh petai belum pernah . wajib cuba hehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.