KETUPAT TRADISI DAN KUAH LODEH..

rsz_dsc_6199
Assalammualaikum, salam Jumaat barakah untuk semua, maaf, baru berkesempatan update entri di blog DTS. Amacam nampak macam hari raya tak?...Pengsan, tu nasib baik mat gebu tak kena kacau rendang, buat kuah kacang dan segala maknikam lagi. Apa2 pun syukur alhamdulillah rezeki Allah, kalau kita ingat2kan mereka yang ditimpa bencana tu lagi kesian kan, insaf rasanya. Nampak meriah ke?..ala cuma benda2 biasa saja, mat masak lodeh pagi tadi, buat sambal tumis dan rebus telur. Serunding daging tu pemberian sedara mat, ngan juga makan dengan lontong Kalau di negeri Johor, lontong biasanya dihidangkan untuk sarapan pagi...

rsz_dsc_6193
Wahh tuu dia ketupat. Bonda menganyamnya semalam, isi beras pun dia, mat rebus saja. Kebiasaan ketupat datang dalam 3 bentuk, tapi hakikatnya ada pelbagai lagi rupa ketupat, kalau yang bentuk 4 segi tu kita panggil ketupat sate, yang bentuk seakan2 purse wanita, nama dia ketupat bawang dan satu lagi bentuk diamond kita gelar ketupat bawal..Tapi kan mat pernah nampak dulu dalam satu majalah ni, ada ketupat bentuk lembu, siap ada tanduk!!...perghh, guna 4 helai daun kalau tak silap mat. Orang2 muda seharusnya tau menganyam ketupat, sekurang2nya 1 jenis, bukan apa ini benda warisan kita orang2 melayu, kalau tak kita yang kekal kan sapa lagi....

rsz_dsc_6209
Bila semua nak siap, tibalah masa untuk santap. Mat memang tak masak nasi ni hari, makan je ketupat tu, lagi pun ketupat kan nasi juga. Selain sambal tumis, ada juga yang sertakan sekali sambal kacang. Selain ketupat, ada juga sejenis lagi nasi yang dipanggil lontong, berbentuk silinder berbungkus daun pisang, ianya direbus seperti ketupat juga. Terkenal di Singapura dan juga Johor Bahru, tapi mat rasa di negeri2 lain pun ada juga. Ok, hari ni mat tak de blog pilihan, insya Allah di lain entri nanti...Kita semak resipi mudah ini....

BAHAN KUAH LODEH :-)
1/4 bahagian kobis bulat, hiris tapi jangan halus sangat, cuci dan toskan
7 tangkai kacang panjang, hiris serong cuci dan toskan
1 biji sengkuang saiz kecik, hiris memanjang
1 batang lobak merah, hiris memanjang
70 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
2 keping tauhu, didadu
2 keping tempe, didadu
1 cekak soo hoon, potong kecil dan rendam hingga lembut
2 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
2 biji bawang besar, hiris halus3 ulas bawang putih, hiris
2 batang serai, dititik
3/4 camca teh serbuk kunyit
2 liter santan cair
500 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN PELENGKAP :-)
Ketupat/nasi impit/lontong
Serunding
Telur, direbus keras dan belah 2
Sambal tumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan lobak merah, sengkuang, fucuk (toskan), udang kering, hirisan bawang besar, bawang putih, serai serbuk kunyit dan tempe ke dalam periuk, kacau dan masak hingga mendidih dan sayur2 tadi sedikit lembut.
  2. Tambah kobis, kacang panjang, tauhu dan soo hoon, tambah pati santan, kacau perlahan dan masak dengan api kecil. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api..
  3. Letak belahan ketupat dalam bekas sesuai, tuang kuah lodeh bersama2 isinya sekali, letak telur rebus, serunding dan sambal tumis, hidangkan selagi panas untuk sarapan atau minum petang..

Post a Comment

10 Comments

  1. raya haji aritu wt kuah lodeh neh cilok resepi dr blog chemat lah! hehehe
    sebbaek ada blog chemat penyelamat dikala menggagau cari resepi....tengkiu chemat!

    ReplyDelete
  2. Agak-agak kalau sarung ketupat tu isi dengan beras pulut jadi dak?
    BW dan tersampai ke sini... Hahaha...

    ReplyDelete
  3. mat!!! ngences tengok ketupat dengan segala nekanya tu... macam lontong la jugak kan...

    bak la sepinggan....lama dah x buat nih!

    ReplyDelete
  4. uwaaaaa sungguh menyelerakan..akak kalau makan ketupat ambek kuah lodeh dngn sambal tumis je pun dah cukup....smlm saje gak wat ketupat, tapi tak isi beras dan masak...saje tngk skill menganyam ketupat ingat lagi tak...maklumlah lama bebenor kat oberC, pastu masa raja haji mak wat nasi impit je...ni yg menganyam sendiri..nasib baik ingat lagi...anak yg bongsu siap gantung2 kat penjuru rumah...hah3..klakor jek..

    ReplyDelete
  5. memang menyelerakan tgk semua menu cik mat ni...kita yg dok oberc ni mkn ketupat segera jer cik mat...hehe

    ReplyDelete
  6. Adusss...toink ken batang idung ai la cikmat...saya reti anyam ketupat nona jer...huhu.....harus ambil risiko menangis kena ketuk tgn sbb bebal sgt sampai ke tua bangkess ni x reti2...hihi

    ReplyDelete
  7. nampak menggiurkan la pulak serunding tu... T_T

    ReplyDelete
  8. aduhaiiii
    entri ni buat rindu dengan johor
    yang mmg suke ketupat beras kan =]

    kat utara ketupat pulut je ha
    lontong dgn kuah kcg+serunding+sambal ikan blis mang terbaaaikkk!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.