PUDING KASIH BERTAUT....TERANG SUDAH..

DSC_1395
(Pic By Mohd Soleh)

Salam petang semua..erkk..hehe, nak mengaku nihh..exceli kan yang ni entri autopost...bukan "auta"post yeaa. Ini mat buat semalam. Mula nampak Kak Nor Secubitgaram buat, punya lah teruja sangat2..lawa, kalau buat hantaran meminang atau menikah pun nampak elok banget. Sweet dan ayu gitu. Buat dia pun senang dan mudah dan lawa. Anda pasti puas hati..Tapi kan mat tak puas hati lah gambar tu..hadoii, hmm tak kesah lah..nanti kalau ada yang cantik, mat tukar yea. Apa2 pun terima kasih pada pemberi resipi dan mat ambik resipi dari blog Kak Nor, dan mat share kat sini...Terima kasih Kak Nor...

BAHAN "A" :-)
10 gram agar2 serbuk (1 paket)
300 ml air
200 ml santan
1 biji telur
1/2 cawan gula pasir
2 - 3 jenis pewarna makanan + perisa (atau tak payah perisa pun sedap)

BAHAN "B" :-)
10 gram agar2 serbuk (1 paket)
1 liter air
100 gram gula melaka, potong kecil
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK AGAR2 SANTAN (A) :- Satukan serbuk agar, gula dan air, kacau rata dan masak hingga mendidih dan gula hancur, guna api sederhana. Sementara tu satukan santan dan telur, kacau rata. Tuang dalam agar2 tadi, kacau rata dan masak hingga mendidih, guna api kecil dan kacau sentiasa. Matikan api, dan bagi kepada 3 bahagain, letak pewarna pilihan serta perisa (kalau suka), kacau rata dan tuang dalam bekas agar2 pelbagai bentuk (jenis comel2). Biar beku, simpan dalam peti sejuk.
  2. UNTUK AGAR2 GULA MERAH :- Satukan semua bahan2 B, kacau rata dan masak hingga gula merah hancur. Tapis agar2 tadi dan biar suam sedikit.
  3. UNTUK PUDING KASIH BERTAUT :- Sediakan satu acuan agar2 yang agak besar atau boleh guna loyang biasa. Susun agar santan pelbagai warna dan bentuk pada dasar acuan, kalau guna acuan berlubang tengah, pastikan corak agar2 santan menghadap ke dasar acuan. Sendukkan agar2 gula merah tadi sehingga habis. Biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga mengeras. Boleh hidangkan. Selamat mencuba...

Post a Comment

14 Comments

  1. Salam Ziarah Cik Mat..ke abg Mat? hihihi..Liza ada CnP resepi kek chiffon oren kat blog Liza..mintak halal yer..Liza ni mmg peminat silent blog abang Mat dr dulu..tq coz bnyak resepi n tips2 berguna yg abg bagi...

    ReplyDelete
  2. alaaaaaaaaaaaa...nape kaborrrrrr nehhh..mana gambar dari dslr yang hebattt tuhhhhh???

    ReplyDelete
  3. huuuuuuu
    cantiknye gambo puding ni
    bertmbh lazat pulak la nk mkn
    sedap je mate mndang
    heeeee

    ReplyDelete
  4. Mat, puding kasih bertaut ni tuk budak cintun 2 orang tu la eh...hehehee...moga2 la kan... hehe

    ReplyDelete
  5. dah makan PKB di rumah Kak Nor kelmarin, tapi nak makan juga di sini....

    ReplyDelete
  6. ya Allah...rajinnyeee CMG nak buat satu2 step tu =_=

    ReplyDelete
  7. Tudia mat.. canteknye.. tak hairan ler lepas ni ramai yang akan mencuba... terpegun ni.. sket je lagi nak pengsan.. (tipu2 pengsan)hehehe

    ReplyDelete
  8. nanti aku bertunang, aku nak amik ko la mat.. jadi tukang gubah hantaran,.. weeeewittt

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Mat....cantik puding tu, blurr pun takpe..janji sodap.

    ReplyDelete
  10. emm...cantik menawann,nak makan cma sayang jerk.

    ReplyDelete
  11. cantiklah cik mat..
    buatkan utk ayu nanti ya...
    hahhaha

    ReplyDelete
  12. alahai...cantiknya la puding CMG ni la...comei je agar2 bunga tu...best la idea CMG ni..at least dpt bantu sy yg kurg pengetahuan bab masak2 ni...huhu

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.