DSC_1402_picnik
Salam petang semua, hujan kat Sedenak ni, angin kuat, gelap gelita dah. Niat hati nak keluar berbelanja untuk jamuan esok, tapi terpaksa ditunda, sebab keadaan tak mengizinkan, ntah lah rasa tak sedap hati bila hujan lebat sangat dengan angin kuat. Kali ni mat share lauk asam pedas, berpuluh kali dah entri asam pedas, tapi pada mat ianya tetap memikat, pada yang jemu tu minta maaf, takpe, kalau tak nak singgah pun mat faham. Mat masak pun atas permintaan bonda yang berpuasa. Selain tu ada lah mat goreng sayur sikit, tu saja. Asam pedas ni simple dan senang dibuat. Kalau nak rasa berangin anda boleh tambah lada hitam sedikit. Perasan tak mat tulis kat tajuk tu, "bila lelaki memasak". Sebenarnya, pada zaman sekarang ni, memasak bukan eksklusif untuk kaum wanita sahaja, orang lelaki pun bijak memasak. Kalau anda tak percaya, sila ke blog "Eqbal Zack" di sini, beliau bukan saja berpendidikan tinggi, malah cekap di dapur...serius...Cer lah tengok dulu, baru percaya.... ^_^

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ikan kerisi saiz sederhana
5 kelopak sawi jeruk, cuci dan potong kecik, rendam
1/2 cawan jus asam jawa
2 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 liter air atau secukupnya
1/2 camca teh serbuk kunyit

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras (optional)
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibuang sisik, siang dan cuci bersih, toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, tambah serbuk kunyit dan tumis sekejap lagi.
  2. Tuang air dan kacau. Masukkan sawi jeruk (tos dan perah), bila mendidih masukkan ikan, tambah jus asam jawa, jika kurang kuah, boleh tambah sedikit lagi air. Masak dengan api sederhana. Perasankan dengan garam secukupnya dan tambah sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..