P1300610
Selamat....erkk selamat apa eks, sat..tengok jam...ooo jam 3 petang, jadi selamat jam 3 petang semua..boleh?..habis dah idea nak tulis, maklumlah bukan blogger tulis2, tapi blogger masak...sebelah laptop, sebelah sudip dapur. Asam pedas memanjangg...kira post paling banyak lah dalam blog, sikit asam pedas, jemu pun yea..tapi tu lah mat letak apa yang mat masak. Tapi kan bulan2 puasa ni, lauk ulang tayang pun tetap akan memikat perasaan..haha, kan main ayat cover entri ulang tayang, sikit punya baik. Sebab kat masak asam pedas, kerana ada nenas dan atas permintaan juga. Kali ni sekali lagi mat guna ikan kapak, eh ikan kapak ni sedap lah, isi dia mat suka... Ok mat letak yea sekali lagi resipi mudah ni...tapi sebelum tu kan...kan..kan..nak promot sikit...apa eks..tapi sepesel untuk blogger2..cer klik sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kapak saiz besar, siang, cuci dan kerat 2 setiap seekor
1/2 biji nenas sarawak saiz sederhana, dihiris sederhana tebal
3/4 cawan jus asam jawa
800 ml air
1/2 camca teh serbuk kunyit
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah dan putih yang dihiris tadi hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan serbuk kunyit. Terus menumis hingga cili garing dan terbit minyak, gunakan api sederhana dan kacau selalu.
  2. Tuang air, kacau dan biar mendidih, masukkan nenas dan jus asam jawa. Bila mendidih sekali lagi, masukkan ikan, masak dengan api sederhana. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap dah rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan...