Hahaha..kan dah ada yang caya.. Heyyy..selisih malaikat, tak pernah umur pakcik mat nkoo orang ni main loteri, kalau lalu depan kedai loteri tu ada lah, tu pun masa nak cari teko buruk. Sebenarnya mat tunggu no pageviews menjadi satu angka cantik iaitu "7373737"..waaaaa..cun kan, tu mat lah yang kata cun, orang lain kata tak cun pun takpe, aku tak dengar. Sebelum ni ada gak sorang blogger ni buat satu entri pasal DTS dan dia print screen pageviews tu nya nombor lawa, cer klik sini kalau nak tau no apa... dan..ada satu lagi..mmmm....

Dengan rasminya, siang tadi follower DTS mencecah 10 000....tapi sebab terlepas pandang jadi 10001 sudah...huhu, tak pelah. Pelengkap angka ke - 10 000 ialah "emy_nadh89"..tatau lah mat dia ni sorang blogger ke atau bukan, sebab takde tulis kat profile dia. Terima kasih mat pada beliau dan semua yang sudi follow, tak kira blogger masakan, personal dan sebagainya. Jadi sebelum mat masuk tidur, nak tutup entri ni dengan serangkap pantun...

MERDU IRAMA SERULING BAMBU,
TERASA MENUSUK DALAM HATI,
TERIMA KASIH DARI MAT GEBU,
BUAT SEMUA YANG KU INGATI...